Tuesday, December 28, 2010

JERSI dan CINTA.....

salam dan salam 1Malaysia semua....

SEKADAR HIAS HIASAN


hari ni saya nak cerita pasal jersi MALAYSIA....sebelum tu, tahniah pada SKUAD MALAYSIA (SKUMAL) yg berjaya membawa bekalan selesa ke Jakarta...ganyang TIMNAS Indon!!!!!

1. hari ni, saya jalan2 di Alamanda, masuk Al-ikhsan sebab mau survey jersi terbaru Malaysia tapi sayang(jauh di sudut hati bangga sebenarnya) semuanya SOLD OUT!!!bukan selling fast da....hahahah

2. kemudian, pergi pulak Al-Ikhsan di Bangi ( BANGI ada dua cawangan Al-ikhsan) dengan tujuan sama, tapi sekali lagi hampa dan bangga, JERSI MALAYSIA SOLD OUT lagi..hahahahahah

3. seterusnya, ditemani Si Dia, menuju pulak pasmal (pasar malam) bangi.......dan....terbaik!!!!jumpa jersi MALAYSIA yg biru tu (final pertama)...ada size pulak tu...tapi.....RM50!!!!!! hahaha...pasar malam jual jersi mahal bai!!!dulu masa SKUMAL terkontang kanting, maen cm yoyo RM10 ke RM30 boleh dapat kat pasar malam...sekarang ni harga jersii SKUMAL lagi mahal dari harga jersi pasukan BPL (RM 40-45, boleh tawar lagi)..

4. sebelum ni, nak nampak orang pakai jersi Malaysia sangat susah dan tak laku pun. saya ingat lagi masa Kejohanan bola sepak asia beberapa tahun dulu, saya penah nampak orang kita pakai jersi KAZAKHSTAN..takde pun yg pakai jersi Malaysia..hahahaha...

5. walau apapun, sebagai rakyat MALAYSIA yg CINTAkan negara dan pasukan negara, semangat dan sokongan yang tak berbelah bagi sentiasa bersemarak..kehangatan sentiasa dirasai..semagat saya sentiasa bekobar2 mahu melihat MALAYSIA meraih kemenangan walaupun tanpa JERSI TERBARU MALAYSIA...

6. adat permainan, ada menang ada kalah..jika SKUMAL tidak berjaya jangan pulak di hentam dimaki..kita doakan mereka sentiasa tenang dan menguasai perlawanan dan mempertahankan gol yg banyak tu..ahahaha. kalau boleh tambah la gol supaya padamkan terus impian timnas indon...

7. kepada pemain MALAYSIA yg diketuai Safiq Rahim, kami doakan kejayaan anda semua.terima kasih kerana mengembalikan semagat dan fenomena bola sepak negara yg sudah lama lesu...terima kasih jugak K.Rajagopal yg begitu baik sekali melatih SKUMAL.

8. MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!

MALAYSIA BOLEH!salam.....

8:54 p.m
23 MUHARRAM 1432 H

Saturday, December 25, 2010

bila seorang lagi pergi "berjuang".....

salam semua.....

pertama sekali,selamat menyambut hari natal pada yg menyambutnya....hari ni saya nk tulis pasal sorang budak yang bakal menjejakkan kaki ke IPTA dan meneruskan harapan dan cita2 ibu bapa dan cita2 nya sendiri..

1. dia dilahirkan pada tahun 1992...pada hari raya Aidiladha...badan nya panjang2...dan di lahirkan di tempat yg istimewa iaitu RUMAH......anak terakhir dari empat adik beradiknya...

2. membesar seperti kanak2 lain, dan sangat terkenal dengan pakaiannya yg smart masa kecil2, topi, jacket jeans dan kasut...nakal suka belari2 dan suka menyepak bola...kejadian yg tak boleh dilupakannya ialah die pernah memasukkan biji manik ke dlam lubang hidungnya kerana ingin menguji kehebatan sendiri tetapi akhirnya die mengalami sesak nafas dan dibawa kehospital...die selamat akhirnya akibat tindakan pantas ibu nya

3.bersekolah sehingga tamat tingkatan lima dan bekerja sementara di sebuah hotel bagi memenuhi masa lapang dan menunggu result SPM nya..akhirnya berkat kesungguhan dan fokus ketika belajar, dia mencapai keputusan yg agak baik dari abang2 dan kakaknya...tetapi agak malang sedikit kerana pemohonannya utk masuk ke pusat pengajiaan tinggi tidak diterima....

4. meneruskan kerjaya di sebuah kedai air dan menjadi kesayangan tokey kedai itu kerana kerajinan nya wlaupun ayahnya mempunyai sebuah kedai sendiri. dia memilih utk bekerja sendiri utk mendapatkan gaji yg lebih lumayan sbb kerja dgn ayah ni dpt mkn je..hahahaha

5. ibu bapa sangat risau akan keadaanya yang masih belum meneruskan pelajaran seperti abg2 dan kakaknya. lalu bapa nya mencadangkan agar dia memohon utk menjadi nurse lelaki dengan memasuki kolej swasta yg agak mahal..tetapi jauh di sudut hatinya dia tidak mahu...dia percaya dia tidak minat menjadi nurse lelaki walaupun peluangnya pekerjaan nya agak baik...

6. akhirnya, tawaran dari Politektrknik tiba...dia gembira dan terus membuat persiapan utk meneruskan pengajian di sana .apa yg diminta dia uruskan dgn cemerlang..tetapi..datang pula tawaran yg lebih baik dari Dungun...dia diterimna masuk ke UiTm!!

7. setelah berdiskusi panjang lebar dengan keluarga, akhirnya dia pun bersetuju ke UiTm Dungun...dengan harapan dia akan lebih berjaya dengan bidang yg diminatinya....

8. biarlah dia jauh sedikit sebab abag2 nya boleh menjaga rumah dan ibu bapa di sini. mereka mahu dia terus belajar dan mencapai kejayaan yg lebih baik dari abg2 dan kakaknya...

9. budak dia atas ialah MUHAMMAD ADDHA BIN LIAS, iaitu adik kepda saya....huhu. esok dia akan bertolak ke Terengganu buat pertama kalinya. harap2 semuanya berjalan lancar dan selamat..dengan pemergiannya ke Terengganu, dia membuka ruang dan peluang kepada saya utk pergi ke Terengganu satu hari nanti.saya belum pernah ke sana....huhu.

10. semoga berjaya. anagah doakan yg terbaik. teruskan BERJUANG sebab perjuangan kita belum selesai...hmm, da takda la mata2 polis kt kawasan rumah kita lagi lepas ni..hahaha..take a bite of my heart...!!!You'll never walk alone.....balik bawak kopok lekor!jgn bawak awek jual kopok lekor!!!

terima kasih...

10.30 p.m
18 Muharram 1432 H.

Sunday, December 19, 2010

Tingkah Laku dan Salah Laku Pembeli

salam 2 all....

semua orang mesti penah dengar prinsip ni " customer is always right..." betol kn? tapi pada saya ungkapan ni boleh diguna kan untuk sesetengah benda saja ataupun xboleh digunakan langsung..sape yg mencipta ungkapan ni tidak saya ketahui tapi ia seolah2 menghalalkan apa saja perbuatan pembeli..masalah ni..di sini saya senaraikan contoh2 perbuatan pembeli yg selekeh dan menyusahkan peniaga2 atau pekedai seperti saya....

1. suka membaca buku, majalah dan surat khabar secara percuma ketika menuggu orang atau makanan yg diorder. kalau baca ckit2 xpe, ni baca smapai 2-3 buku sampai habis. kami peniaga bukan librian.
2. meletakkan buku yg dibaca dengan sebarangan atau bahasa eloknya campak2 saja.
3. mengambil buku yg lain atau baru utk dibeli setelah membaca..konon.2 nak yg elok tapi kau jugak yg baca buku tu sampai lunyai..
4. MENCURI
5. Gatal tangan. maksudnya suka usik2 barang smpai besepah tapi ape pun xbeli.
6. tak dengar cakap. da ditegur jagan membaca tapi boleh lagi teruskan pembacaan..bodoh ke ape?
7. membiarkan anak2 kecik bejalan dan mengambil barang2 seperti mainan dan gula di bawak lari.
8. taknak bertanggungjawab lepas anak2 merosakkan barang2 kedai.
9. tak nak belikan mainan utk anak tapi biarkan budak tu main mainan tu.
10. da belikan mainan, lepas tu anak main sampai rosak nak mintak tukar pulak....
11. tawar menawar barang yg xsepatutnya.
12. beli sikit tapi pakai duit bessar. contoh, beli gula2 50 sen bagi rm50. ade yg lagi teruk.
13. menentukan harga barang yg nak dibeli. contoh nya membandingkan harga sesuatu barang dengan harga barang yg sama dekat kampung dia atau tpt tinggal dia.
14. berhutang lama-lama.
15. tak sabar. mentang2 kedai runcit takda sistem beratur macam mcd, sume berebut nak bayar dlu. kalau tak layan kang, "dik..dik..dik...taknak duit ke..."

adoi....ni penglaman nak cerita sikit. masa saya kerja restoran fastfood dulu ada la sorang mamat ni datang order banyak, mintak soft drink tukar air milo untuk set yg dia order. saya pun cakap la..
saya: cik, tambah rm1 kalau nk tuka air milo sbb milo harga lain.
mamat: eh, kenapa pulak?tpt lain xde pun mcm ni?napa cni je plak cm2?
saya: sama je semua cik.
mamat: kau jgn tipu aku la, aku da lama xmkan belacan tau, hari2 aku mkn kt cni.aku xkesah, aku nk jgk air milo tapi hrga soft drink..
saya: ok...abg ckap dgn manager k...saya pn xtau abg hari2 makan cni..
mamat: cpt2 pgl manager kau...

haa, ni lah contoh org yg menentukan harga barang sendiri......sanggup betekak jnji dapat ape die nak...sebab2 salah laku ni, peniaga akan menaggung kerugian..kalau kamu setuju angkat tgn..kalau kamu xstuju jgn angkat tangan.
au revoir:)

Saturday, December 18, 2010

selepas 22 tahun...

salam semua yg membaca..

saya nk memanjatkan syukur pada ilahi kerana dipanjangkan umur utk beribadat dan menikmati nikmat hidup yg sunnguh nkmat ini... terima kasih juga pada ibu bapa, rakan2 dan keluarga serta si dia yg menymbut ulang tahun kelahiran saya 2 hari lepas;) di sini saya nak senaraikan apa impian saya selepas 22 hidup ni..

1. menghabiskan pembelajaran dengan pencapaian yg cemerlang
2. mengelak dari membayar penuh pinjaman pelajaran MARA (mksudnya dapat pointer yg baik, dapat diskaun..haha), ni pun sakit nak byr duit yuran sem baru..
3. mendapat kerja tetap dgn gaji yg mampu menampung kenaikan harga minyak kereta utuk beberapa tahun akan datang
4. menambah baik kereta pusaka ayahanda supaya menjadi lebih REMAJA..(dalam proses)
5. membuka sebuah CAR WASH atau gelangang FuTSAL sebagai sumber pendapatan utama (option klu xde kerja tetap) ataupun menyambung perniagaan ayahnda yg sedia ada.
6. membeli sebuah rumah di kawasan BANGI..hahaha. Cheras pun ok, asal tak jumpa traffic jam
7. memberi sedikit kesenangan dan keselesaan kepada IBUBAPA.
8. megenali keluarga si dia dengan lebih mendalam. seterusnya BERKAHWIN...tunang agak2 perlu ke?
9. beli kereta lagi satu (jimat minyak punya) sebagai value added kepada diri sendiri.hahah
10. mendidik anak2 supaya minat bersukan dan meminati pasukan LIVERPOOL dan pasukan kebangsaan kita..mengutamakan pelajaran.
11. beli gitar elektrik beserta AMP dan efek utuk kepuasan diri. mmg minat main gitar dari zaman sekolah..band pun ada dulu..hahaha...
12. buka studio jamming pun ok...
13. melancong ke mana2 janji naik kapal terbang.xpenah naik kapal terbang lagi..hahaha
14. mendapatkan kembali lesen motor..
15. mendapatkan tubuh badan bak model2 terkemuka...kakakakaka.
16. join politik....insyaallah....

itu antara impian2  yg saya dapat senaraikan..ada lagi mungkin tapi belum terlintas lagi buat masa sekarang...semoga impian2 ini terlaksna. mohon kesihatan dan kesejahteraan di berikan selalu oleh ALLAH s.w.t....impian anda pula mcm mana?

Sunday, December 12, 2010

ketuanan MELAYU.....keDAULATAN MELAYU

salam pada hidup dan mati....

1. ketuanan melayu?kenapa perkara ini menjadi sebutan dan kerap di perkatakan saban hari...perkara ini menjadi sensitiviti pada org melayu apabila ia dipersoalkan oleh orang melayu (yg xsedar diri) sendiri dan juga org2 bukan melayu...

2. kita sebagai org melayu, beragama islam dan majoriti di bumi Malaysia ini, yg dulunya dikenali sbg TANAH MELAYU patut berbangga kerana tanah ini kita yg punya sejak berzaman2 lamanya...saya tak mahu bercakap mengenai kaum lain dan sejarah kedtangan mereka. paling menyakitkan hati bila da org melayu sendiri yg mahu menghapuskan keisitimewaan dan ketuanan melayu itu sendiri atas dasar peribadi dan politik.

3. tidak sedarkah mereka yg mereka2 dan yg menyokong ini siapa diri mereka yg sebenarnya? sejak kita lahir, bermacan2 keistimewaan yg kita dapat dan anak2 kita dapat kerna kita org melayu. bagi mereka yg xbersetuju dan taksub terhadap pemimpin yg xtau menghargai bangsanya sendiri, insaflah...sedarlah bahawa kita ini hidup sebagai org melayu yg beragama islam, pertahankan agama dan bngsa kita sendiri. itu yg sepatutnya..

4. kaum2 lain, bangsa2 lain di dunia ini sentiasa bangga dengan bangsa mereka, contohnya org afrika, kalau di amerika mereka bangga dengan african-amerika , begitu juga orang china, orang india dan sebaginya....mereka bejuang jika bangsa mereka di tindas dan diperlekehkan, mereka mempertahankan ketuanan bangsa mereka...di MALAYSIA juga, kaum2 lain amat takut dan sangat sensitif jika hak dan kedudukan merka di persoalkan, seolah2 kita tidak adil dan racist...belum pernah lagi ada antara mereka yg mempersoalkan kelebihan dan ingin mengurangkan atau menghapuskan hak mereka sendiri di Malaysia ini.

5. tapi anak bangsa kita, orang melayu pulak yang mempersoalkan ketuanan bangsa melayu itu sendiri dan ingin mengahapuskan nya dan membuat dakyah2 palsu supaya org2 bukan melayu menyokong mereka.PENGKHIANAT  bangsa ini xperlu disangjung..bak kata Presiden PERKASA, melayu ini, melayu TAIK KUCING,satu sen pun xberguna, xde hasil.

6. pengkhianat bangsa ini juga membuat mcm2 tawaran dan janji dgn mahu meletakkan pemimpin bukan melayu sebagai TPM. apa ini? sekutu dan sahabat handai mereka juga tidak membantah, terutamanya TOK GURU yg menyokong pula cadangan ini..mana prinsip dan perjuangan yg dilaungkan selama ini?mahukah mereka org bukan islam dan melayu mentadbir negara kita ini? pelik sungguh pemikiran dan tingkah laku bangsa kita sendiri..memalukan..

7. tak syangkah kita pada bangsa dan agama kita sendiri? sudahlah kita hidup diberikan bermacam2 bantuan dan kesenangan termasuk kerana darah yg mengalir dalam badan kita ini, tapi kita tergamak pula mengkhianati nya..apa sumbangan kita pada bangsa?apa sumbangan kita pada agama?belum sumbang apa2, bangsa sendiri nak dimusnahkan...

8. saya menjunjung titah tuanku Sultan Ibrahim supaya disebut KEDAULATAN MELAYU supaya perkara ini tidak lagi dipersoalkan seperti kedaulatan RAJA2 MELAYU..kaum lain mahu kita sensitif pada perasaan mereka, sepatutnya mereka dan bangsa kita yg xsedar diri ini lebih sensitif dgn perasaan kita org melayu.

9. pernah orang berdebat dgn saya supaya kita xpayah bangga jadi melayu, kita ini org islam, islam yg patut dipertahankan...bukan melayu.jika islam itu sudah kuat, melayu itu sendiri akan kuat. tapi lihat sjalah parti2 yg mengaku perjuangkan islam tpi bila org2 bukan islam tafsirkan ayat2 Al-Quran tunggang langgang mereka pertahankan...apabila org bukan islam mahu dijadikan TPM, mereka menyokong...mcam mana islam nak kuat kalau mcm ni gayanya?org yg bedebat dgn saya tu pun belajar di kolej yg membantu anak2 melayu, anak syarikat MARA...pinjaman pelajaran yg dapat pun kerana dia anak MELAYU...

10. fikir fikirkan, siapa lagi yg nak pertahankan bangsa kita kalau bukan kita sendiri...perjuagan orang MELAYU belum selesai kerana MELAYU mudah lupa.....

Thursday, December 9, 2010

HARI HARI TANPA TELIBISEN.....

salam semua........


1. ingat lg x dialog mahmud june dalam cerita " DO RE MI"? lebih kurang macam ni, " abis duit simpanan aku nak beli telibisennnnnn". dia menagis bila P.Ramlee (anak dia dalam ceita tu) mintak duit nak beli kain kapan menantu dia yang mati konon2 nya..
2. baiklah, saya nak cerita pasal televisyen...baru2 ni telivisen rumah saya meletup (fius agaknya) buat kali ke dua...jadi, sehingga hari ini ketika blog ini ditulis telivisyen masih rosak..
3. televisyen adalah medium informasi terpenting pada zaman sekarang. setiap rumah perlu ada tv, bila tv ak ada rasa lain je.tak lengkap ruang tamu bila takde bunyi tv.
4. mengikut cerita ayah saya, tv pertama yang dia tengok masa dia kecik2 dulu dkt kampung, tunpun tv kecik yang ada dekat kedai basikal ( kalau xsalah la..) milik orang cina kt kampung Bangi Lama.masa tu, orang2 kampung sangat kagum dan teruja sampai tak terbendung rasa ingn tahu nak tengok rupa tv macam mana. suasana macam tengok wayang. hebat kan?
5. zaman sekarang tv makin canggih.mula2 dulu saya tengok tv kecik je, 14 inci. lepas ayah tukar tv besar sikit, tv kotak yang berat nak mati tu.alhamdulillah betahan gak 10 tahun lepas tu gambar tak clear. kemudian, tukar tv kotak jugak lagi (yang rosak skang ni). xsampai 5 tahun da dua kali meletup.haha..teknologi makin tak memuaskan kot?hahaha.
6. tapi bila tv takde ni, banyak jugak kebaikan nya. contoh,  komunikasi antara keluarga jadi lebih baik. macam2 cerita dan sejarah dikongsi. tidur pun jadi lebih awal, badan pun jadi sehat, nak pegi kerja esok pun xmengatuk. bil elektrik pun dapat dikurangkan. betol tak?
7. apa pun, harap lepas ni boleh la merasa pakai tv LCD ke LED ke..mintak2 la tv ni xleh repair da...hahah.kalau ikut ayah saya, nak saving je.pakai smpai betol2 rosak..hahahahaha...doa2 la semua ya boleh dapat TELIBISEN baru....satu je tak best xde tv ni, xle tgk BOLA....hahah.
8. salam dan selamat malam semua

Tuesday, December 7, 2010

Maksud Bulan Bulan Islam

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah adalah hasil dari  ilham Saiyidina Umar Al-Khattab.  Ada satu riwayat yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat Umar yang telah dihantar kepadanya.


Muharram ertinya yang "diharamkan' atau 'dipantangkan' kerana dalam bulan ini dilarang dari menumpahkan darah.


Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah membatalkannya..
Safar ertinya 'kosong' atau 'kuning'. Dalam bulan ini semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada berperang, berniaga,mengembara dan sebagainya.


Rabiulawal ertinya 'penetapan pertama'.
Dalam bulan ini semua lelakiyang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumahmasing-masing.


Rabiulakhir ertinya 'penetapan terakhir'.
Dalam bulan ini semua lelakiyang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumahmasing-masing.


Jamadilawal ertinya 'kering' atau 'beku'.
Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, sumur, sungai, lembah dan tasik menjadi kering.


Jamadilakhir ertinya 'peng-habisan' atau 'kering yang penghabisan' .
Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air yang penghabisan atau yang terakhir.


Rejab ertinya 'mulia' Orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan inidengan 4 cara iaitu,
a) Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih anak unta sebagai tanda pengorbanan.
b) Tanggal 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu Kaabah siang danmalam supaya dapat beribadat sepuas-puasnya.
c) Tanggal 10 Rejab mereka akan kembali menyembelih korban tetapitidak lagi anak unta Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam.
d) Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan Islam larangan inijuga telah dibatalkan.

Syaaban ertinya 'berserak-serak' . Dalam bulan ini orang Arab zaman dahuku akan berserak ke lembah, tasik, sungai dan sbgnya untuk mencari air disebabkan oleh kekeringan.
Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.


Ramadhan ertinya 'panas terik' atau 'terbakar'.
Cuaca dalam bulan ini diJazirah Arab sangat panas dan terik sehinggakan sesiapa yang berjalan kaki tanpa memakai alas pasti kakinya akan melecur.
Sabda Rasulullah, "bulan inijuga dapat membakar dosa-dosa lalu".


Syawal ertinya'naik'.
Dalam bulan ini bila orang Arab menaiki unta dan ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan initidaklah berlaku sedemikian.

Zulkaedah erti 'yang empunya duduk'.
Dalam bulan ini semua orang lelakia kan menetap di rumah masing-masing tiada yang keluar bermusafir ataumengembara.

Zulhijjah ertinya 'yang empunya haji'.
Dalam bulan ini semua umatmanusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermuka dari zaman Nabi Adam sehinggalah sekarang.

cerita bertemakan agama di tv

salam MAAL HIJRAH...

1. anda suka lihat drama yg berkaitan atau bertemakan agama di tv?xkisah la pada bulan ramadhan ke muharram ke...seronok kan?
2. baiklah, cerita bertemakan agama sungguh berat dan memerlukan penghayatan yang tinngi, bukan terpacak di depan tv sbb tgk pelakon2 yg hensem dan cntik.
3. pada pendapat saya, cerita2 mcm ni baguslah kalau di buat tapi para pelakon yg diambil perlu lah menunjukkan sikap dan peragai, penampilan yg baik mahupun di luar dunia lakonan. kalau para pelakon cuma hayati watak dlm cerita je tapi di luar tak sama apa yg digambarkan tu kan xbaik dan mencemarkan imej agama yg suci itu sendiri..bila di tanya, mereka jawab "itu tuntutan kerja, saya xhipokrit" tp tuntutan agama mcm mana?
4. dalam cerita bertutup bagai, menagis berdoa dan membaca al-quran tapi di luar pakai menjolok mata dan pergi ke tempat yg sepatutnya bukan tempat org islam boleh pergi.
5.sempena tahun baru ni, sepatutnya lebih banyak dokumentari pasal ISLAM di buat, bukan drama yg konon2 mendidik kita menjadi muslim yg baik semata2..kalau hnya mencari keuntungan dgn ambil para pelakon yg xseperti apa yg dilakonkan itu boleh mencemarkan agama itu sendiri dimata org bukan islam...ini pendapat saya saja...salam

kalau mahu jadi pemimpin....

salam MAAL HIJRAH...

1.negara kita sedang sibuk dgn hal2 politik yg xberkesudahan
2.masing2 mahu menjadi pemimpin dan ketua walaupun sebenarnya tidak layak untuk memimpin
3. kuasa yg dimahukan smpai maruah sanggup digadai.
4. kadang2 boleh sakit hati dgn pemimpin yg cakap menentang rasuah dan sebagainya tapi diri sendiri yg melakukan rasuah (walaupun ada yg terlepas).
5. pemimpin seperti ini xpayahla diberi peluang lagi, memalukan parti, bangsa dan agama.
6. kita hidup sebagai manusia perlulah hidup beserdehana, xkira la pemimpin ke, ahli perniagaan ke, wakil rakyat ke. kesenangan hidup boleh dicari tapi xperlu ditunjukkan secara berlebih lebihan.kekayaan boleh dicari dan dituntut dlm agama tapi carilah dgn cara yg halal dan diredhai..
7.ini tidak, rumah yg dibina sebesar besarnya sedangkan rakyat yg masih memerlukan tidak dijaga dgn baik.rumah berjuta2, tapi bantuan kpd rakyat tidaklah seberapa.
8. perlu ke seorang pemimpin mempunyai runmah yg besar dan tinggi melangit tetapi moralnya rendah di bawah tapak kaki?
9.anak2, saudara mara semua akan menanggung malu yg besar jika tersebar cerita yg ibu bapa mereka melakukan rasuah. dimana2 org akn megata. xkia la kau kaya mcam mana pun tapi org tetap akan berkata duit RASUAH.
10. ayh saya berpesan, " kalaulah kau nak jadi pemimpin yg buat rumah besar2 dan bejuta2, apa lah salahnya buat sendiri KUBUR dalam rumah tu terus, tanam dlm rumah kalau mati.habis cerita. memalukan kamu dipilih rakyat tp kamu xmengambil berat dan sensitiviti rakyat. jaga perut dan keluarga kamu saja "
11. ada benarnya bukan?sentiasalah besederhana dlm apa jua yg kita lakukan, xperlu menunjuk2 jika duit itu duit yg dtg dr sumber yg haram. ramai mahu jdi pempin didunia kerana peluang dan kekayaan yg menuggu, tp lagi ramai yg menyesal diakhirat nnt kerana gagal menunaikan taggungjawab dgn sempurna.
12. bulan muharram sudah tiba, perubahan perlu dilakukan. elakkan permusuhan, elakkan peperangan dan pertumpahan darah. tingkatkan iman dan persaudaraan serta perpaduan. semoga kita hidup di Malaysia ini sentiasa aman dan makmur di bawah pemerintah yg sedia ada..amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...