![]() |
SEKADAR HIAS HIASAN |
hari ni saya nak cerita pasal jersi MALAYSIA....sebelum tu, tahniah pada SKUAD MALAYSIA (SKUMAL) yg berjaya membawa bekalan selesa ke Jakarta...ganyang TIMNAS Indon!!!!!
1. hari ni, saya jalan2 di Alamanda, masuk Al-ikhsan sebab mau survey jersi terbaru Malaysia tapi sayang(jauh di sudut hati bangga sebenarnya) semuanya SOLD OUT!!!bukan selling fast da....hahahah
2. kemudian, pergi pulak Al-Ikhsan di Bangi ( BANGI ada dua cawangan Al-ikhsan) dengan tujuan sama, tapi sekali lagi hampa dan bangga, JERSI MALAYSIA SOLD OUT lagi..hahahahahah
3. seterusnya, ditemani Si Dia, menuju pulak pasmal (pasar malam) bangi.......dan....terbaik!!!!jumpa jersi MALAYSIA yg biru tu (final pertama)...ada size pulak tu...tapi.....RM50!!!!!! hahaha...pasar malam jual jersi mahal bai!!!dulu masa SKUMAL terkontang kanting, maen cm yoyo RM10 ke RM30 boleh dapat kat pasar malam...sekarang ni harga jersii SKUMAL lagi mahal dari harga jersi pasukan BPL (RM 40-45, boleh tawar lagi)..
4. sebelum ni, nak nampak orang pakai jersi Malaysia sangat susah dan tak laku pun. saya ingat lagi masa Kejohanan bola sepak asia beberapa tahun dulu, saya penah nampak orang kita pakai jersi KAZAKHSTAN..takde pun yg pakai jersi Malaysia..hahahaha...
5. walau apapun, sebagai rakyat MALAYSIA yg CINTAkan negara dan pasukan negara, semangat dan sokongan yang tak berbelah bagi sentiasa bersemarak..kehangatan sentiasa dirasai..semagat saya sentiasa bekobar2 mahu melihat MALAYSIA meraih kemenangan walaupun tanpa JERSI TERBARU MALAYSIA...
6. adat permainan, ada menang ada kalah..jika SKUMAL tidak berjaya jangan pulak di hentam dimaki..kita doakan mereka sentiasa tenang dan menguasai perlawanan dan mempertahankan gol yg banyak tu..ahahaha. kalau boleh tambah la gol supaya padamkan terus impian timnas indon...
7. kepada pemain MALAYSIA yg diketuai Safiq Rahim, kami doakan kejayaan anda semua.terima kasih kerana mengembalikan semagat dan fenomena bola sepak negara yg sudah lama lesu...terima kasih jugak K.Rajagopal yg begitu baik sekali melatih SKUMAL.
8. MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!
MALAYSIA BOLEH!salam.....
8:54 p.m
23 MUHARRAM 1432 H