Friday, December 30, 2011

my quotes.

working people need alarm to go to work, jobless people need emergency alarm.

Tuesday, December 27, 2011

should we laon carroll?


salam 1Malaysia, 1Anfield.

another disappointed game, but luckily we draw again. game yang sepatutnya boleh menang tp tampak sukar untuk menang. we do everything but win!

pendapat saya, Liverpool mesti gunakan sepenuhnya khidmat Maxi, Bellamy dan Suarez. Gandingan mereka terbukti mampu hasilkan gol yg diharapkan. kita kurang bernasib baik lawan team2 yg dianggap mudah kerana kurang semangat nk menang.

Saya melihat, kelibat carroll kurang menyerlah. wlaupun sekali dua tandukannya hampir2 gol, tp kesannya terhadap game sangat sedikit. dia bukanlah punca Liverpool gagal mencpai kemenangan tapi Andy Carroll gagal mencapai tahap terbaiknya. dia mmg patut diberika peluang, tetapi bukan dengan Liverpool buat masa ini. Dia perlu dipinjamkan ke mana2 kelab untuk mengembalikan keyakinan dan kehebatannya. itu pendapat saya.

Kalau tak dapat player2 hebat season depan, tak apa. KD mesti gunakan player sedia ada sebaiknya. lagi satu, liverpool perlukan good tackler selepas kehilangan Lucas. maybe Jay Spearing boleh main lepas ni. Tak payah guna winger. Hendo, Adam/Gerrard dan Spearing di tengah. Maxi, Bellamy and Suarez kt depan. manakala skrtel, agger, johnson and enrique di belakang. Reina kekal sebagai keeper. agak2 macam mana?

Monday, December 26, 2011

keadilan untuk Luis Suarez.

Salam.

sebagai peminat setia LFC, saya akan sentiasa di belakang pasukan kesayangan ini dalam mempertahankan Luis Suarez terhadap tuduhan rasis ke atasnya!

meminjam kata2 Glenn Johnson, " I will support who i want and when i want! "

Luis Suarez, Walk On, Dont be afraid of the dark, at the end of the storm , there's a golden sky.

You'll Never Walk Alone. Justice4Suarez!! we love u suarez!!

my kop girl;)


Thursday, December 15, 2011

tak perlu Torres lagi.

salam 1Malaysia dan salam 1Anfield.

1 .hari ini saya terbaca tentang keinginan F.Torres, atau segelintir peminat Liverpool FC yang ingin beliau kembali ke Anfield.
2. tak kesah la siapa nak siapa balik ke Anfield, rumors ke fakta ke, pada pandangan saya beliau tak seharusnya kembali ke Anfield.
3. ketika dia berpindah ke chelsea, dia cakap die nak bermain di UCL dan chelsea mampu menunaikan hasrat nya. dia tidak yakin dengan Liverpool walaupun tak dinafikan sumbangn dia terhadap kelab.
4. faktor usia meningkat juga menyebabkan dia ingin segera berpindah dan memenangi UCL.
5. fakta2 sumbangan Torres tak perlu dikupas. dia sememangnya legend di Anfield.
6. pemain datang dan pergi. ada yg patut kembali dan ada yg tak diperlukan.
7. craig bellamy amat sesuai sbg sokongan kepada penyerang kerana kepantasan dan semangatnya. jadi berbaloi dia kembali. gandingan bersam MAXI dan SUAREZ sangat berkesan dan bagus.
8. torres pulak macam da hilang semnagat, progress yg slow dan tak meyakinkan. sebab tu chelsea pun xpakai dia sbg pemain utama. jadi tak sesuai untuk LFC mengambil dia kembali. Liverpool perlukan penyerang tunggal yg mampu mengucar kacirkan defend lawan.
9. dengan carroll yg slow, dan hny layak main utk 15 min terakhir game, Liverpool perlu cari striker yg bagus utk gantikan suarez dan menyarung jersi no 10 LFC.
10. jadi ini antara pilihan saya kalau KD nak beli pemain lain, tapi jangan Torres:


robert lewandowski (borussia dortmund)
negara: poland
umur: 23 tahun
harga pasaran: 7 juta pound
11/12: 10 gol dari 15 perlawanan


Edinson Cavani (napoli)
gandingan suarez di Uruguay!!
umur: 24 tahun
harga pasaran: 24 juta pound
11/12: 7 gol dari 12 perlawanan di Serie A
4 gol dari 6 perlawanan UCL


Fernando Llorente (A.Bilbao)
negara:Sepanyol
harga pasaran: 17-20 juta pound
11/12: 5 gol dari 13 perlawanan La Liga
2 gol dari 6 perlawanan EL

Giuseppe Rossi (Villareal)
negara: Itali
harga pasaran: 26-30 juta pound 
11/12: 3 gol dari 9 perlawanan La Liga


Roberto Soldado (valencia CF)
negara: sepanyol
harga pasaran: 12-14 juta pound
11/12:  8 gol dari 14 perlawanan La Liga
5 goal dari 6 perlawanan UCL

Lionel Messi (FC Barcelona)
negara: Argentina
harga pasaran: 88-100 juta pound
11/12: 17 gol dari 16 perlawanan La Liga
6 gol dari 5 perlawanan La Liga

11. jadi, apa macam dengan review saya ni? haha. statistik player2 ni pndai2 la cari sendiri. ni antara penyerang2 yang saya minat. tapi yang bawah sekali tu mustahil la.hahhaha.

12. anda pula macam mana? yang penting jgn bawak torres balik. tu je. progress team kena laju, baru leh maju . menang kalah adat, tapi kita nak LFC kembali kuat mcm dulu2;)

YNWA!

Friday, December 9, 2011

boleh agak da..

salam 1Malaysia:)




hari ni saya mau kongsi apa yg saya perasan bila tengok drama melayu or indon sbb sekarang byk betol drama lepas maghrib, sebelum maghrib , waktu zohor pn ade jugak. bukan saya tgk pun, tp tertengok bila adik bukak smbil2 makan tengah hari. tv lak depan meja makan..




antara benda yg boleh agak la dalam drama melayu/indon ni adalah:




1. kalau penjahat atau org jahat dpt duit atau chek lepas kne upah mesti cium dulu duit atau chek tu lepas tu baru blah.




2. kalau pompuan tu nk tunjuk die hamil, die buat2 nk muntah lepas tu lari masuk bilik air pegi sinki lepastu naik slow2 pndang cermin...




3. dalam rumah org kaya yg lost, sure org gaji die alim, rajin bc al-quran dan sebagainya menepati ciri2 muslim sejati.




4. kalau kereta rosak mesti dekat tempat gelap atau kawasan kubur.




5. anak orang kaya selalunya anak angkat orang miskin ataiu orang gajinya sendiri.




6. asik bermonolog dalaman....tak abis2 bermonolog...




7. hero selalu ada kat tempat dan masa yang betol bila heroin dalam kesusahan




8. watak bapak2 selalu baik and sporting, mak lak slalu bz body, dengki ngn menantu, sihir, ilmu itam..




9. mak2 ni selalu ada asistant iaitu anak perempuan yg sama jahat atau mastermind.




10. ada seorang gadis kampung yg miskin dan bekerja di kantor lelaki hensem tu, dan bapa lelaki itu sgt baik tp cpt terpengaruh dgn hasutan tante.




11.lelaki hensem itu sgt cinta dan tergila2 pada gadis kampung itu dan mendapat bantahan dari ibunya dan ank saudaranya yg cun tu. dia akan menghasut tantenya utk menghalang percintaan tulus mulus suci mereka.




12.tetapi, mereka akhirnya mengetahui mereka sebenarnya adik beradik selepas memnemui surat pengesahan doktor. mereka terpaksa memutuskan hubungan cinta.




13.perempuan gedik tadi berjaya memisahkan lelaki hensem itu degan bantuan tantenya yg sememangnya benci pada org miskin.

14. yg sebenarnya lelaki itu bukan abng atau adik kepada heroin sebab berlaku pertukaran masa mereka dilahirkan kt hospital.



Friday, November 25, 2011

salam maal hijrah 1433

semoga kedatangan tahun baru hijrah ini dapatlah kita merenungi kembali kesilapan dan kekurangan kita dan cuba merubahnya menjadi lebih baik. berhijrah dari kemungkaran kepada ketakwaan..dan lebih penting bersatu lah kita sesama islam, seperti bersatunya kaum muhajirin dan ansar..
Doa Akhir Tahun:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Monday, August 1, 2011

jom tarawih.

Firman Allah swt dlm surah al-Baqarah ayat  183 yg bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

salam ramadhan buat semua rakan2. bulan ramadhan dan solat tarawih tak dapat dipisahkan. solat tarawih adalah bonus buat kita untuk menambah pahala setelah berpuasa di siang hari. ia juga satu senaman yg ideal utk kita membakar kalori2 yg diambil ketika berbuka.
tarawih bermaksud bersenang2 atau beristerehat. jadi kita tidak perlu rasa tertekan utk melakukan solat tarawih, lepas solat isyak, lepas tgk tv, lepas baca paper kita boleh lakukan secara tenang dan berperingkat smp yg kita mampu. 
lakukan dgn ikhlas, jgn sbb ikot kawan ke ape.jgn pergi masjid nk rembat moreh je.ok? kita dapat bertarawih setahun sekali (sebulan) so ambil peluang ni sebaiknya. saya pun nak try tarawih full tahun ni.insyallah.
selamat berpuasa dan bertarawih.

Monday, July 18, 2011

bila semangat patriotik dipersoalkan...

salam..

 16 julai adalah tarikh keramat bagi peminat2 Liverpool ( LFC) di Malaysia kerana pertama kali LFC menjejakkan kaki disini selepas menamatkan kontrak bersama syarikat arak.

 kami sebagai peminat  tegar LFC sgt teruja dgn kedatangan mereka, dapat melihat mereka sendiri secara dekat dan melihat mereka beraksi. pengalaman yg cukup hebat buat kami. stadium bukit jalil seolah2 menjadi Anfield hari tu.  aku pun penyumbang warna merah sbb pki baju liverpool jugak.hahaha..
 keputusan perlawanan semua da tau, jumlah tidak penting tpi semangat kesukanan yg ditunjukkan kedua2 pasukan sgt baik.

cuma yg xbest bila semangat patriotik kami dipersoalkan. datuk RG dan anak2 buah dia (safeee terutamanya) perlu rasional ketika melakukan tugas negara, walaupun sekadar perlawanan persahabatan, tak perlu persoalkan semngt  patriotik kami rakyat malaysia. LFC dtg pertama kali di Malaysia, kami mahu tunjukkan mereka punya peminat yg ramai di sini.

peminat2 LFC adalah antara jutaan penyokong skuad kebangsaan masa sukan sea, dan piala aff. kami juga sanggup menjerit ilang suara ketika mereka menjaringkan gol. kami tau, DRG adalah peminat MU, jadi tak perlu emosional.

ukuran patriotik tidak dikira hnya ketika memakai jersi. memandu kereta nasional pn dianggap patriotik. (adakah semua pemain dan DRG pkai kereta nasional, naik moto kriss? ), membeli brgn buatan tempatan pn da kira patriotik. apetah lagi menyanyi 'inilah barisan kita' bersama2 peminat lain di stadium utuk pemain kebangsaan.

sudahnya, takut pulak pemain kebangsaan/team malaysia ilang peminat dikalangan penyokong LFC. Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Liverpool dulu, kini dan SELAMANYA. hnya kami lebih tahu dan menghargai slogan You'll Never Walk Alone.

ketika meraikan kemenagan pasukan negara di Piala AFF



YNWA (16 Julai 2011)

Tuesday, May 10, 2011

nak...da besar nnti jadi doktor...


salam semua...apa khabar?
da lama xupdate blog ni...so, hari ni nak update entri baru..
pernah tak anda semua dgr dialog seperti dibawah:


parents: nak, belajar rajin2....da besar nnt jadi DOKTOR...
anak : insyallah mak, ayah...doa2kn la...

1.ok, dari dulu sampai sekarang, kerjaya pilihan utama mak bapak utk ank ialah doktor..kenapa?
adakah sebab kerjaya doktor menjamin masa yg paling cemerlang utk anak2?adakah kerjaya doktor ini paling mulia kerna menyelamatkan nyawa org?

2.hehehe..pada pendapat saya semua yg diatas ada benarnya..tapi alasan paling releven utk zaman skg ialah kerana KURANGNYA doktor di hospital2 dan juga klinik baik swasta mahupun kerajaan...

3.mak bapak yang mahu anknya jadi doktor mungkin pernah mengalami situasi menunggu nombor giliran terlalu lama ketika nak mendapatkan rawatan doktor terutama di klinik dan hospital kerajaan atau dlm kata lain TRAUMA tgu lama2...anda pun mesti pernah kn tgu lama2?hahaha.

4.so, sebagai langkah terbaik utk mendapatkan rawatan segera ialah dgn mendapatkan rawatan doktor iaitu anak mereka sendiri. 

5.dah menjadi lumrah, anak2 akan mendahulukan ibu bapanya dari org lain kalau anknya itu xderhaka..hahha.lagi satu, anak2 yg menjadi doktor boleh merwat penyakit ibu bapanya secara percuma dan selesa di rumah sendiri tanpa perlu mengambil nombor giliran..haha

6. perkara ni hanya pendapat saya sahaja, sebab dari pemerhatian saya yg terkandas hampir 10 jam di hospital (6-7 jam menuggu) tadi menyedarkan saya tentang maksud tersirat kenapa ibu bapa nak sgt ank mereka jadi doktor bila besar..hahahah.

7. apepun, alhamdulillah,,,semua selamat..takde yg seriyus2...terima kasih doktor2, mama, along, wawa, adik, bopi,unty as, uncle,dekno dan nana taib<3 sebab teman tadi...hehehe.sdp bubur u masak.

8. selamat malam...nak tgu game liverpool jap lagi.nak baca buku DOCTOR IN A HOUSE lum beli lagi, so tgk bola je la...salam:)

Saturday, April 16, 2011

insurans....

salam semua....
hari ni saya nak cerita pasal insurans (sebab keta saya still kt bengkel, insurans nye hal xsetel lgi..heheh)

semalam duk borak2 ngn apak saya die cite la psl insurans...apa yg disuarakan oleh apak saya ada logiknya..
sekarang ni, kalau kereta kita rosak, kita kena tggu insurans lulus, lepas tu insurans akan cadangkan bengkel mana yg ada link dengan dia...so bengkel akan estimate berapa haga kerosakan kereta, lalu adjuster akan buat la apa yg patut...

i will punch u adjuster!
so disini, akan berlaku bnyk penipuan...konon2 la kereta tu rosak rm3000 je..tapi lps tu bengkel duk mkn lebeh(kompem), die claim rm5000 dan bagi2 la sikit kat adjuster....perkara ni mmg berlaku...
kalau x, xdela masa aku eksiden aritu lagi bnyk org bengkel hulur kad dari orang hulur bantuan...
duit dapat semua ats angin je...

so, apak aku cakapla.." kalau la insurans ni jujur, dia akan beritahu kita estimate harga kereta tu rosak berapa, dan dia akn bagi kita duit tu untuk kita repir sendiri sbb mmg tu duit kita...kalau die estimate rm3000, bg la kita rm3000 2, so xdela berlaku penipuan...kita pn boleh cari bengkel kita sendiri, dan cri2 brg2 sndri kt kedai potong...lagi murah dan bebaloi..."

tapi benda ni da jd kebiasaan, so suara2 kita ni agak2 sapa nak dengar? sampai bila nk kena tipu?huhu...
ape pun, cpt2 la siap kereta aku..ssh nk kua klu cmni....

salam:)

Thursday, April 7, 2011

hari ini dalam kenangan (5/4/2011)

salam semua...
pada 5/4/2011 jam 6.20 p.m saya telah mengalami kemalangan di setiawangsa...
saya bersama 3 org kawan (husna liyana;), khairee dan uzir) ketika kejadian...
first time accident, so agk tekejut...bawak lak ank2 org...
alhamdulillah, semua selamat.....
saya telah melanggar belakang kereta toyota avanza sebab dia berhenti mengejut, kerana ada lak moto ni kena langgar lari dgn sebuah kereta lain....jadi utk mengelakkan melanggar mamat ni, dia brake, saya xnmpak apa2 yg berlaku so terlanngar, ketika itu hujan renyai2, jalan licin so kereta slide.kejadian berlaku di hadapan traffic light, baru je betukar hijau xsampai 2 meter, avanza 2 brake. so nasib tak laju...
so lps ni kne setel kat balai pulak...apa2 pun, harap pihak polis boleh consider, sebab2 benda ini xdapat dielakkan...jalan licin, traffic light hijau lak 2..kalau merah lain la....

alhamdulillah, kereta leh claim insurans.....:)
ini antara pic2 menarik yg diambil selepas kejadian...

Tuesday, March 22, 2011

char kwey tiaw.

salam semua..

bagun tidur tadi, perut suda lapar...
jalan2 sekejap pergi cucuk duit..
lepas tu ternampak plak gerai char kwey tiaw,
saya pun beli....tengok dia masak cm banyak je udang dia bubuh..
balik2, bukak la nak makan...tp lepas tu baru sedar kenapa udang dia banyak...di sini saya senaraikan bahan2 char kwey tiaw itu tadi dengan harga RM4:

1: kwey tiaw secukup genggam
2. telur (2 biji utk 3 bungkus kweytiaw) so utk sebungkus mungkin 1/2 biji telur
3. secubit taugeh
4.perencah2 biasa seperti kicap dan lain2
5. Udang sempurna 2 ekor
6. 6 ketul KEPALA UDANG

so, yg nmpk byk tadi tu hanyalah kepala udang....udang betol ada 2 ekor je. terima kasih bang! buat la sup kepala udang lak lepas ni.

Tuesday, March 8, 2011

M for MAMA

Sedikit Biodata tentang mama:

nama: MARIAH BT ALI
tarikh lahir: 8 Mac 1960
tempat lahir: Johor Baharu, Johor
status: berkahwin
suami: Lias Bin Hj Ks Shaik Ali
anak: 4 Orang (Aizat, Ariff, Najwa dan Muhammad Addha)
pekerjaan: suri rumah dan suri kedai
bilangan adik beradik: anak ke 9 dari 10 adik beradik
alamat sekarang: Bandar Baru Bangi
.

1. Mama adalah seorang wanita yg sangat baik, sangat rajin, sangat bertanggungjawab dan sangat penyayang. 

2. Beliau disenangi ramai orang, termasuk sanak saudara, kawan2 dan jiran tetannga. 

3. Mama mengajar erti kehidupan, kasih sayang sesama manusia dan haiwan, hormat menghormati, pemurah, dan semua sifat2 positif yng membentuk diri saya dan adik beradik seperti sekarang. .

4. Terima kasih mama sebab menjadi seorang ibu, guru, teman, kawan, tukang gelak lawak2 bodoh angah, chef, guru kaunseling, pelawak, penyuap makanan, penjaga, pengasuh, pembela, pencerita, pemberi semangat, pendorong, pegawai keewangan di kala sesak nak byar duit yuran, duit repair kereta, dan segala-galanya. MAMA adalah idola sepanjang masa, takkan ada Mama yg terbaik melainkan mama. Mama kerja hari2, jaga kedai, tapi mama xpernah mengeluh. dari pukul 9 pagi samapi 11 malam cari rezeki utk kami, angah baru jaga kedai kadang2 pun xlarat, mengeluh bagai tapi mama tidak....

5. Angah xdapat nak balas jasa mama, cuma angah dapat tolong dengan masak makan malam, tolong replace mama jg kedai, bg mama rehat, anta baju dobi, lipat baju,  beli barang dapur dan ringankan tanggungjawab mama..tu pun xmemadai dengan ape yg mama da bagi kat kami.

6. Angah mintak maaf kalau ada salah silap (memang banyak pun..), selalu buat mama marah, mintak  kereta control masa kecik2 dlu, mintak tu mintak ni, mintak duit yuran, mintak duit belanja da besar2 ni.haha.

7. 8 mac 2011, genaplah MAMA 51 tahun, mama tetap mama yang dlu, penyanyang dan kelakar. Hari jadi mama sama dengan Hari Wanita. betol ke?ape pun, mama WANITA terbaik!!!

8. Ya Allah, ampuni dosa mama, berikanlah kesejahteraan, kesihatan dan kebahagian selalu kepada mama. murahkanlah rezeki mama, permudahkan segala urusan nya, selamatkan perjalannya sehari hari, lindungilah mama dari hasad dengki dan iri hati manusia, tenangkan lah jiwanya, jauhilah dirinya dari hasutan dan godaan syaitan serta bala bencana, berikanlah mama menantu yang baik dan cucu cucu yang baik pada masa hadapan..AMIN YA RABBAL ALAMIN....SELAMAT HARI JADI MAMA, SELAMAT PANJANG UMUR. LOVE YOU.


REDS REDS ALL THE WAY

Tarikh: 6 Mac 2011
Masa: 9.30 malam
Tempat: Anfield, Bangi

Liverpool, pasukan kesayangan saya berjaya mengalah pasukan kesayangan ramai rakan2, abang dan adik2 saya dengan begaya. 3-1 sudah cukup buat saya gembira dan tak tidur sampai pagi menjawab ucapan tahniah. hahahha. walaupun match kontroversi, but its fair...Thanx SUAREZ7 and KUYT18! congrats CARROLL9 for the first debut.huhu

Pada rakan2, jangan kecil hati. football is about friendship, fun and excitement. Kalau team anda menang, anda juga berasa gembira dan membahan rakan2 yg kalah. normal kn tu sume? saya da lama rasa kena bahan sbb sy Liverpool, tp sikit pun xkecik hati. buat gelak je.haha.words would not bring you down right?haha.

akhir skali, saya bangga jadi peminat Liverpool, i'll never kiss other team badge. kawan2, You'll never walk alone walaupun minat team lain2.

Friday, February 4, 2011

mari dengar khutbah jumaat...

salam...

ini pendapat saya je la, khutbah jumaat tak perlu dipolitikkan...be natural inside the mosque.
doa juga xperlu dipolitikkan....
jika perlu buat ceramah politik, buat la selepas solat jumaat...khutbah adalah medium utk berpesan2 dan mengigatkan sesama islam..bukan memburukkan orang lain. jika iman kamu tinggi, jagan merendahkan iman orang lain..jika bercakap tanpa bukti, itu dikira fitnah dan jika benar sekalipun, ia tetap mengata keburukkan orang di dalam masjid yakni rumah Allah...
jom pekena cendoi pas solat jumaat..:)

Anything can happen in football..YNWA

salam 1 Malaysia..

lama rasanya tak update blog ni. tapi takpa. kalau tulis pun belum tentu orang baca.haha...

1.ok, sebagai peminat Liverpool FC, saya agak terkilan dengan pemergian Fernando Torres (FT9) ke Chelsea iaitu seteru utama LFC di BPL.

2.xsangka, setelah 4 tahun, dia boleh berubah hati sebab nak main kt UCL. takpe la, dia ada cita2 sendiri tapi kenapa di pertegahan season?

3.peminat LIVERPOOL  adalah yg paling setia dan besemangat dan sentiasa percaya pada dia walaupun time dia main mcm pondan. okla. semoga dia bejaya. thanks for the goals torres or traitorres!

4.Tahniah Liverpool berjaya membawa masuk Andy Carroll (AC9) dan Kuis Suarez (LS7) ke Anfield. dan LS7 da tunjukkan impaknya setelah 16min masuk ke padang sebagai super sub!!!haha.good boy!!! AC9 still injured but he will be the next big thing.
yeahhh

LS7

AC9

5. Ahad ni Chelsea lwn LFC. macam drama ek?boleh lak jumpa pas controversial transfer and Torres dijangka main.hahaha. dan dia bersemangat nak score lawan LFC. kita tgu dan lihat saja....

6. bak kata King Kenny, " no one is bigger than our club"...if u think like dat, ur stupid..YNWA!!

salam:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...