Tuesday, March 22, 2011

char kwey tiaw.

salam semua..

bagun tidur tadi, perut suda lapar...
jalan2 sekejap pergi cucuk duit..
lepas tu ternampak plak gerai char kwey tiaw,
saya pun beli....tengok dia masak cm banyak je udang dia bubuh..
balik2, bukak la nak makan...tp lepas tu baru sedar kenapa udang dia banyak...di sini saya senaraikan bahan2 char kwey tiaw itu tadi dengan harga RM4:

1: kwey tiaw secukup genggam
2. telur (2 biji utk 3 bungkus kweytiaw) so utk sebungkus mungkin 1/2 biji telur
3. secubit taugeh
4.perencah2 biasa seperti kicap dan lain2
5. Udang sempurna 2 ekor
6. 6 ketul KEPALA UDANG

so, yg nmpk byk tadi tu hanyalah kepala udang....udang betol ada 2 ekor je. terima kasih bang! buat la sup kepala udang lak lepas ni.

Tuesday, March 8, 2011

M for MAMA

Sedikit Biodata tentang mama:

nama: MARIAH BT ALI
tarikh lahir: 8 Mac 1960
tempat lahir: Johor Baharu, Johor
status: berkahwin
suami: Lias Bin Hj Ks Shaik Ali
anak: 4 Orang (Aizat, Ariff, Najwa dan Muhammad Addha)
pekerjaan: suri rumah dan suri kedai
bilangan adik beradik: anak ke 9 dari 10 adik beradik
alamat sekarang: Bandar Baru Bangi
.

1. Mama adalah seorang wanita yg sangat baik, sangat rajin, sangat bertanggungjawab dan sangat penyayang. 

2. Beliau disenangi ramai orang, termasuk sanak saudara, kawan2 dan jiran tetannga. 

3. Mama mengajar erti kehidupan, kasih sayang sesama manusia dan haiwan, hormat menghormati, pemurah, dan semua sifat2 positif yng membentuk diri saya dan adik beradik seperti sekarang. .

4. Terima kasih mama sebab menjadi seorang ibu, guru, teman, kawan, tukang gelak lawak2 bodoh angah, chef, guru kaunseling, pelawak, penyuap makanan, penjaga, pengasuh, pembela, pencerita, pemberi semangat, pendorong, pegawai keewangan di kala sesak nak byar duit yuran, duit repair kereta, dan segala-galanya. MAMA adalah idola sepanjang masa, takkan ada Mama yg terbaik melainkan mama. Mama kerja hari2, jaga kedai, tapi mama xpernah mengeluh. dari pukul 9 pagi samapi 11 malam cari rezeki utk kami, angah baru jaga kedai kadang2 pun xlarat, mengeluh bagai tapi mama tidak....

5. Angah xdapat nak balas jasa mama, cuma angah dapat tolong dengan masak makan malam, tolong replace mama jg kedai, bg mama rehat, anta baju dobi, lipat baju,  beli barang dapur dan ringankan tanggungjawab mama..tu pun xmemadai dengan ape yg mama da bagi kat kami.

6. Angah mintak maaf kalau ada salah silap (memang banyak pun..), selalu buat mama marah, mintak  kereta control masa kecik2 dlu, mintak tu mintak ni, mintak duit yuran, mintak duit belanja da besar2 ni.haha.

7. 8 mac 2011, genaplah MAMA 51 tahun, mama tetap mama yang dlu, penyanyang dan kelakar. Hari jadi mama sama dengan Hari Wanita. betol ke?ape pun, mama WANITA terbaik!!!

8. Ya Allah, ampuni dosa mama, berikanlah kesejahteraan, kesihatan dan kebahagian selalu kepada mama. murahkanlah rezeki mama, permudahkan segala urusan nya, selamatkan perjalannya sehari hari, lindungilah mama dari hasad dengki dan iri hati manusia, tenangkan lah jiwanya, jauhilah dirinya dari hasutan dan godaan syaitan serta bala bencana, berikanlah mama menantu yang baik dan cucu cucu yang baik pada masa hadapan..AMIN YA RABBAL ALAMIN....SELAMAT HARI JADI MAMA, SELAMAT PANJANG UMUR. LOVE YOU.


REDS REDS ALL THE WAY

Tarikh: 6 Mac 2011
Masa: 9.30 malam
Tempat: Anfield, Bangi

Liverpool, pasukan kesayangan saya berjaya mengalah pasukan kesayangan ramai rakan2, abang dan adik2 saya dengan begaya. 3-1 sudah cukup buat saya gembira dan tak tidur sampai pagi menjawab ucapan tahniah. hahahha. walaupun match kontroversi, but its fair...Thanx SUAREZ7 and KUYT18! congrats CARROLL9 for the first debut.huhu

Pada rakan2, jangan kecil hati. football is about friendship, fun and excitement. Kalau team anda menang, anda juga berasa gembira dan membahan rakan2 yg kalah. normal kn tu sume? saya da lama rasa kena bahan sbb sy Liverpool, tp sikit pun xkecik hati. buat gelak je.haha.words would not bring you down right?haha.

akhir skali, saya bangga jadi peminat Liverpool, i'll never kiss other team badge. kawan2, You'll never walk alone walaupun minat team lain2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...