Monday, July 18, 2011

bila semangat patriotik dipersoalkan...

salam..

 16 julai adalah tarikh keramat bagi peminat2 Liverpool ( LFC) di Malaysia kerana pertama kali LFC menjejakkan kaki disini selepas menamatkan kontrak bersama syarikat arak.

 kami sebagai peminat  tegar LFC sgt teruja dgn kedatangan mereka, dapat melihat mereka sendiri secara dekat dan melihat mereka beraksi. pengalaman yg cukup hebat buat kami. stadium bukit jalil seolah2 menjadi Anfield hari tu.  aku pun penyumbang warna merah sbb pki baju liverpool jugak.hahaha..
 keputusan perlawanan semua da tau, jumlah tidak penting tpi semangat kesukanan yg ditunjukkan kedua2 pasukan sgt baik.

cuma yg xbest bila semangat patriotik kami dipersoalkan. datuk RG dan anak2 buah dia (safeee terutamanya) perlu rasional ketika melakukan tugas negara, walaupun sekadar perlawanan persahabatan, tak perlu persoalkan semngt  patriotik kami rakyat malaysia. LFC dtg pertama kali di Malaysia, kami mahu tunjukkan mereka punya peminat yg ramai di sini.

peminat2 LFC adalah antara jutaan penyokong skuad kebangsaan masa sukan sea, dan piala aff. kami juga sanggup menjerit ilang suara ketika mereka menjaringkan gol. kami tau, DRG adalah peminat MU, jadi tak perlu emosional.

ukuran patriotik tidak dikira hnya ketika memakai jersi. memandu kereta nasional pn dianggap patriotik. (adakah semua pemain dan DRG pkai kereta nasional, naik moto kriss? ), membeli brgn buatan tempatan pn da kira patriotik. apetah lagi menyanyi 'inilah barisan kita' bersama2 peminat lain di stadium utuk pemain kebangsaan.

sudahnya, takut pulak pemain kebangsaan/team malaysia ilang peminat dikalangan penyokong LFC. Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Liverpool dulu, kini dan SELAMANYA. hnya kami lebih tahu dan menghargai slogan You'll Never Walk Alone.

ketika meraikan kemenagan pasukan negara di Piala AFF



YNWA (16 Julai 2011)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...