Monday, August 1, 2011

jom tarawih.

Firman Allah swt dlm surah al-Baqarah ayat  183 yg bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

salam ramadhan buat semua rakan2. bulan ramadhan dan solat tarawih tak dapat dipisahkan. solat tarawih adalah bonus buat kita untuk menambah pahala setelah berpuasa di siang hari. ia juga satu senaman yg ideal utk kita membakar kalori2 yg diambil ketika berbuka.
tarawih bermaksud bersenang2 atau beristerehat. jadi kita tidak perlu rasa tertekan utk melakukan solat tarawih, lepas solat isyak, lepas tgk tv, lepas baca paper kita boleh lakukan secara tenang dan berperingkat smp yg kita mampu. 
lakukan dgn ikhlas, jgn sbb ikot kawan ke ape.jgn pergi masjid nk rembat moreh je.ok? kita dapat bertarawih setahun sekali (sebulan) so ambil peluang ni sebaiknya. saya pun nak try tarawih full tahun ni.insyallah.
selamat berpuasa dan bertarawih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...