Wednesday, October 10, 2012

jangan ambil gambar saya!

AES- Automated Enforcement System


 salam semua.

kalau anda lalu lebuhraya seremban-sg.besi mesti anda nampak ada cahaya silau kelip2 tepi belah kiri walupun tengah hari panas terik. kan?  

cahaya itu datang dari kamera di ats, canggih. tujuan nya ialah untuk menangkap/merakam kenderaan yg melebihi had laju. untuk ulasan lebih mendalam sila klik  SINI utk ke blog RBFonline

ada baik dan ada yg menyusahkan tentang sistem ini. yg baik, ia dpt memperlahankan kenderaan yg sedang laju (stended la, nmpk kamera sume slow skjp), dgn kata lain dpt menyedarkan pemandu yg sdg perasan jd F1 driver, beam2 org depan mcm dah xtahan nk blk rumah nk buang air besar.. yg myusahkan, sudah tentunya saman! apapun, JPJ kne kaji balik had laju lebuhraya.xlogik 90kmj sdgkn enjin2 kereta skg sume best2, sdp2..tekan sikit dah pegi..xsdr kdg2 meter da smp 120kmj..hehehe.

hidup ini mudah, jgn kita berat-beratkan. mana yg baik perlu dikekalkan, pada masa yg sama perlu ditambah baik utk kepentingan semua.

Friday, October 5, 2012

masih ada nilaikah terima kasih?



salam 1Malaysia semua..

di atas ialah iklan terima kasih dari tv3.
iklan di atas sgt berkesan dari segi lirik dan cara penyampaiannnya.. iklan ini adalah bertujuan utk mengucapkan terima kasih di atas kenikmatan yg telah diberikan, keamanan dan kesejahteraan yg dikurniakan oleh Allah SWT kepada negara kita.

di samping itu, iklan ini juga mengajar kita utk mengucapkn terima kasih kpd semua yg telah berjasa pada kita seperti ibu bapa, guru, termasuk kerajaan yg telah banyak memberi kenikmatan dan keselesaan kpd rakyat Malaysia.

dari segi pendidikan, keselamatan, ekonomi, perpaduan kaum semunaya telah berjaya diberikan dan dilakukan oleh kerajaan demi kemakmuran negara.

tetapi adakah kita tau bersyukur dan pernah mengucapkan terima kasih kpd tangan yg telah menyuap kita selama ini? adakah kesejahteraan hari ini dtg bergolek tnpa ada usaha oleh tangan2 ini?

sesungguhnya generasi sekarang sudah agak hilang nilai murni dlm hidup, sehingga kan utk ucapkan terima kasih pun harus di ajar, di sedarkan, dan di iklankan.

 jgnlah kita jadi insan yg tidak tahu bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yg bnyak berjasa pda kita, jgnlah kita hnya tahu mencari salah dan keburukan tangan2 berjasa ni.

ucaplah terima kasih, walaupun berat utk kita akui jasa org, tapi itulah kebenaran yg harus kita sedari.

TERIMA KASIH.










Wednesday, October 3, 2012

keputusan pilihanraya kampus 2012/2013

1. UPSI 24/29  'We Love UPSI' menang

2. UniMAP 31/31 ASPIRASI Mahasiswa menang

3. UTHM 25/27  ASPIRASI Mahasiswa menang

4. UniSZA 24/24  ASPIRASI Mahasiswa menang

5. UTeM 28/28  ASPIRASI Mahasiswa menang

6. UKM 10/28  Pro Mahasiswa menang

7. UPM 39/47  ASPIRASI Mahasiswa menang

8. UTM 48/54  ASPIRASI Mahasiswa menang

9. UUM 34/36  ASPIRASI Mahasiswa menang

10. UNIMAS 13/13  ASPIRASI Mahasiswa menang

11. UMS 36/38 ASPIRASI Mahasiswa menang

12.  UiTM 50/50 ASPIRASI Mahasiswa  menang

13. USIM 24/24 ASPIRASI Mahasiswa  menang

14. UMT 18/20  ASPIRASI Mahasiswa menang

15. UMP 22/24  ASPIRASI Mahasiswa menang

16. UMK 10/14  ASPIRASI Mahasiswa menang

17. UPNM 14/14  ASPIRASI Mahasiswa menang

18. UM 21/41 (2 re-elect)  ASPIRASI Mahasiswa menang

19. USM 37/44 (1 re-elect)  ASPIRASI Mahasiswa menang 


20. UIAM (re-elect) Pro M menang

Thursday, September 27, 2012

bajet. bukan bajet 2013.



salam 1malaysia

entry utk bakal pengantin, bagus bila buat listing dan anggaran. yang mana didulukan, perlu didahulukan, yg kemudian, di kemudiankan.

bajet tunang



bajet majlis walimatul-urus
sumber: http://anakjati-kedah.blogspot.com

Tuesday, September 25, 2012

this is true. ynwa.

shelvey to ferguson, " you control the referee and the the match.."

suso - the new hero of anfield

Ibadah dipolitikkan? Ibadah sebagai bahan kempen?

salam 1 Malaysia.

sekarang tengah hangat pasal pilihanraya Kampus di IPTA seluruh negara. pilihanraya kampus ini penting bagi menilai sejauh mana kewibawaan para mahasiswa dalam memilih calon yg dapat memberi manfaat selain menetukan hala tuju kampus mereka untuk hari2 mendatang.

sebagai calon, kempen danstrategi mmg tidak dpt dipisahkan. masing2 nk berkempen yg mereka mampu melakukan yg terbaik utk membela mahasiswa. macam2 kempen yg digunakan, ada yg menawarkan kemudahan, kesetian, lambakkan program yg bermanfaat, penambahbaikkan sistem, yg semestinya bagus utk mahasiswa. ada juga yg dtg dgn kempen yg menagih simpati, dipukul, ditindas, diculik dan dihalang dari menyertai pilihanraya kampus. apakah kriteria calon yg diinginkan terpulang kpd mahasiswa yg memilih.

tetapi, apa yg saya tidak setuju dan bantah ialah menggunakan agama / ibadah sbg bhan kempen. kenapa ini terjadi? apakah takda lagi bahan dan kempen yg boleh dijadikan modal utk mereka? jika perkara ini tidak dibendung, perkara ini akn menjadi barah. agama sewenang2 nya digunakan dgn kepentingan sendiri.

teringat satu ketika, kawan saya post satu video di FB yg menunjukan Anwar Ibrahim menjadi imam solat di sebuah msjid/surau. sambil post, dia turut buat caption yg mengatakan, " inilah pemimpin yg baik, boleh menjadi imam kpd rakyat, PM kita pernah ke jadi imam? "



jadi saya telah memberi pendapat yg ibadah bknlah utk dibanding2 kan, dipertandingkan, ditunjuk2, diheboh2 dan dibangga2 kan. tak kira siapa pun kita, adakah dgn menunjukkn kita mmpu mnjdi imam kita sudah dianngap mampu memimpin sebuah negara? kalau itu kriteria yg dimahukan, maka semestinya agama dan ibadah akan digunakan bgi tujuan politik murahan. sedangkan gambar PM buat umrah pun sudah dikatakan riak oleh pembangkang, dikawal ketat oleh pihak keselamtan di tanah suci , dipolitikkan dan sbgainya, apalagi kalau video beliau menjadi imam atau mengaji quran dijaja? adakah ia membantu imej beliau di mata pembangkang? sudah tentu tidak.

jadi marilah kita lihat link ini. semoga mahasiswa bijak memilih:) klik SINI

Thursday, September 13, 2012

JFT 96. YNWA.


on 15th April 1989, they were attend a football match and never went back home......

terpengaruh dengan rakan tak sebaya

salam 1Malaysia semua.

di malaysia sekarang ramai yang suka menonton cerita / drama dari korea. ada yg sanggup download bepuluh2 drama korea dlm external drive. hehe.

masa zaman kolej dlu, ada la dua tiga orang kawan sebilik layan drama korea, sampai pagi melayan cite korea sorang. muka ganas tapi..hahhaa...ni lah pengaruh cerita korea. sampai ringtone hp pun lagu korea...

saa bukanlah peminat drama korea sebenarnya tapi sejak dua menjak ni tiba2 mula tejebak pulak. ni yg mals ni.hahah. asalnya akak dekat ofis ni suka layan drama korea kt S One HD...channel 393 kat astro. disebabkan remote astro dia yg kontrol, saya pun kena la layan sekali sebab TV terletak berdekatan tempat saya buat kerja.

mula2 layan kan je la akak ni, dengar dia beborak pasal korea, nice series..nice series...lepas tu mula terikut2..mula2 yg saya ingat, saya ikut cerita A Simple Heart...haha. bejela2 nk follow...balik2 babak yg lebih kurang sama...tpi ok la sbb klu tetinggal pun leh agak ape yg jd. hahaha..cerita dia ok jgk..boleh la layan...

sekarang ni terlayan pulak cerita BRIDE OF THE SUN. boleh la dikatakan cerita ni agak lain dari cerita lain. nk ulaas psl cerita ni malas la pulak, pjg sgt, tpi mmg best jugakla. hahaha...da mcm awek2 lak saya ni layan cite korea. ni suma salah kak mindy. hahahahha!!


kalau bru nak layan certia ni xpyhla, sbb da nk abis da pun..nk layan kne download. apepun, cerita ni lain dari yg lain la wpun bru 3 series drama korea saya follow. haha.dulu masa zmn kolej layan Take Care of My Princess sbb kawan selalu bkk kt laptop dia. best jgk.

apa pun saya mmg da terjebak sikit2 dgn drama korea ni. walau mcm manapun, ia xmerubah pendapat saya tentang K-POP yg pada saya sgt menjengkelkan. klik SINI utk entry k-pop. hahah.

jumpa lagi.



Tuesday, September 4, 2012

sudah tertangkap itu pemunggung!!

salam 1Malaysia.

hari ni malas nak cerita pasal bola, pasal Liverpool sebab kecewa kalah dgn arsenal.

tapi saya sgt berbangga dengn PDRM kerana berjaya menangkap budak hingusan penunjuk buntut di khlayak ramai di mlm ambang kemerdekaan tempoh hari.

budak kurang ajar ni namanya Ammar cuba menunjukan kehebatan seperti adam adli dengan menghina gmbar DS Najib, dengan cara tidak bertamadun dan bodoh.

ini menunujukn sikap penyokong pembangkang yg ekstrim, tidak berakal dan lucah dalam mneyatakan pendapat dan kemarahan kepada pemimpin.sudahlah berbangsa melayu, malah beragama ISLAM tpi sanggup menghina peminpin dgn cara menunjuk bontot pd gmbar PM.

betul2 bodoh dan menjijikan la puak pembangkang ni, dahlah pemimpin suka punggung, penyokong lak suka tunjuk punggung...

apapun tahniah PDRM..sila KLIK http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/09/terkini-ammar-suspek-tunjuk-punggung.html untuk cerita selanjutnya.

Wednesday, August 29, 2012

bakal lagenda the reds

salam 1malaysia.

ini dia bakal lagenda liverpool. persembahan yang mengagumkan dari pemain yg berusia 17 tahun ini memberi harapan kepada peminat yg kitamampu bersaing dengan pasukan lain selepas ini. yaya toure pun pncit nak lawan dgn budak ni...give a big hand to...........RAHEEM STERLING!!!!


welcome Nuri Sahin

salam 1 malaysia.



setelah melalui beberapa musim yg sukar, dan pembelian yg tidak mencapai potensi sebenar, liverpool berjaya mendapatkan pemain muda yg berpotensi dan beberapa nama besar seperti, Joe Allen, Fabio Borini, dan pemain yg kurang dikenali tapi berpotensi Oussama Assaidi. tapi yang paling penting Rodgers berjaya mendapatkan perancang Real Madrid utk pinjaman iaitu Nuri Sahin.

satu nama yang besar dan bintang muda paling berpotensi. pernah menjadi pemain terbaik Bundesliga ketika mewakili Borussia Dourtmund dan akhirnya dibeli oleh real madrid.


tapi disebabkan siri kecederaan, beliau kurang mendapat peluang bermain selain terpaksa bersaing dgn bintang2 real yg lain seperti ozil, kaka, kheidira xabi alonso, dan sebagainya.

jadi diharapkan pinjaman ini memberi manfaat kepada Liverpool sepenuhnya. beliau adalah salah seorang pemain yg saya minati semasa di Bundesliga lagi. semoga berjaya Nuri Sahin. YNWA. 

Tuesday, August 21, 2012

WBA vs Liverpool FC

salam Aidilfitri 1Liverpool 1Malaysia .

kalah 3-0.
HAMPA. sekian terima kasih.



Wednesday, August 8, 2012

doa-doa dimalam 10 terakhir Ramadhan

salam semua.

di sini saya pautkan link untuk kita sama-sama dapat mengamalkan doa ini di mlam2 terakhir bulan Ramadhan.

semoga kita semua mendapat rahamt dan keampunan di bulan mulia ni. amin.

klik SINI

19 Ramadhan 1344

from Chong Wei with Love

TIADA kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika Lin Dan mengutip mata terakhirnya untuk memenangi pingat emas Olimpik di Wembley, Ahad lalu. Kalau ia sebuah wayang gambar, saya harap bumi akan terbelah lalu menelan saya.

Saya telah mengecewakan negara, peminat, keluarga dan paling penting diri saya sendiri kerana saya benar-benar mahukan pingat emas. Saya benar-benar minta maaf kerana gagal menyumbangkan pingat. Sekiranya ada kebaikan yang telah saya lakukan, maka ia adalah kerana saya telah menyatukan rakyat Malaysia atas satu sebab. Sukan dan perpaduan adalah pemenang sebenar.

Berulang kali saya diajukan dengan persoalan, apakah yang bermain difikiran saya ketika kedudukan terikat 19-19. Apakah saya kesal kerana membiarkan bulu tangkis jatuh lalu menghadiahkan Lin Dan mata ke-19 dan menyamakan kedudukan. Apakah perancangan saya ketika itu ?

Sejujurnya, saya cuma memberi tumpuan kepada cabaran yang datang pada ketika itu. Saya tidak punya kekesalan kerana hilang mata tersebut, biarpun orang lain mungkin kata saya tersilap melakukan agakan bulu tangkis. Apa pun, ia sudah keluar dan saya sangat terkejut apabila ia jatuh di atas garisan.

Situasi itu sebenarnya tidak begitu menganggu tumpuan saya kerana saya tahu saya masih boleh mengalahkannya tetapi takdir begitu kejam terhadap saya, tuah pula berpihak kepadanya, malah jaring juga telah menyelamatkan dia.

Sebaik mata terakhir berjaya dimenangi, saya terus rebah. Saya tahu saya telah menghampakan 28 juta rakyat Malaysia yang mengharapkan saya untuk menang. Dan, ketika lagu kebangsaan China berkumandang, air mata saya terus mengalir kerana saya memasang impian lagu Negaraku yang akan berkumandang di gelanggang termasyhur, Arena Wembley.

Kira-kira sembilan minggu lalu, ramai yang meragui bahawa saya mampu melangkah semula ke gelanggang tetapi hari ini saya boleh katakan, Chong Wei masih hidup dan boleh menendang. Selepas ini saya akan berehat seminggu dan kemudian kembali ke berlatih, membuat persiapan untuk Liga China. Kejohanan saya selepas ini adalah Terbuka Jepun, September nanti.

Ya, saya telah kalah tetapi saya telah memberikan permainan terbaik saya. Biarpun kecewa dengan kekalahan ini tetap dari sudut lain, saya gembira kerana kebanyakan rakyat Malaysia faham bahawa saya sudah memberi segala yang terbaik dan mungkin, kalau saya dilahirkan di era lain keadaan akan jadi berbeza.

Hanya ada satu Lin Dan dan pada masa yang sama, hanya ada satu Chong Wei.

Lin Dan bermain dengan amat baik, dia telah meningkatkan permainannya dan telah memusnahkan saya menerusi stroke hebat di set kedua. Bagi saya, saya berjaya mengimbangi kelebihan yang ada padanya ketika mendahului 18-16 di set ketiga dan ia telah menaikkan keyakinan saya, malangnya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan.

China menyapu bersih semua pingat emas di sini seperti yang mereka lakukan pada dua Kejohanan Dunia terakhir. Saya tidak melihat penguasaan mereka akan berakhir dalam masa terdekat kerana mereka telah melabur dengan begitu banyak dalam pembangunan, sesuatu yang perlu dilakukan oleh Malaysia, Indonesia, Korea dan Denmark jika mahu mencabar keunggulan China.

Olimpik mungkin penampilan besar terakhir buat Peter Gade dan Taufik Hidayat tetapi bukan untuk Chong Wei kerana saya masih cuba merangkul Kejuaraan Dunia 2013, selain Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2014. Dan, Lin Dan juga boleh menjangkakan tiada laluan yang mudah buatnya dalam tempoh dua tahun ini. Semalam, selepas tamat permainan saya melawat bilik media, saya bertemu wartawan Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Akhir sekali, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kepercayaan yang mereka berikan kepada saya selama ini. Sekali lagi, maafkan saya atas kegagalan ini dan saya berjanji akan cuba yang terbaik untuk membawa penghormatan buat negara.-Utusan

Tuesday, August 7, 2012

beza ustaz artis dan ustaz sejati



salam ramadhan. 

hari ini saya terbaca tentang perbezaan ustaz artis dan ustaz sejati. apa yang saya nampak, memang terdapat banyak sekarang ustaz-ustaz artis yg muncul secara tiba-tiba sejak dua menjak ni. apakah mereka ini betul-betul layak menjadi ustaz, berceramah tentang Islam, dan adakah mereka ini betul-betul menguasai ilmu agama untuk dikongsi bersama? 

Islam adalah agama nasihat, dan kita perlu saling nasihat-menasihati. tapi untuk berceramah dan menjadi ustaz yg boleh berkongsi ilmu agama yg sejati bukan dgn sign borang ahli, dan menjadi ustaz dalam masa sehari. klik DISINI utk artikel perbezaan ustaz sejati dan ustaz artis. semoga kita menjumpai satu titik persamaan dalam agama yg telah lama hilang.

selamat berbuka:)

18 Ramadhan 1433H

Monday, August 6, 2012

syabas DLCW, legend never ends.

salam semua. salam 1Malaysia. salam Olimpik dari London.

seperti yg kita sedia maklum, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia walaupun tewas kepada Lin Dan di perlawanan akhir Olimpik Men's Single Badminton.
perlawanan berkesudahan 15-21, 21-10 dan 19-21.saya rasa xperlu lagi saya ulas tentang perlawanan ini serta kesungguhan LCW. sekadar pingat perak untuk kali kedua tetap membanggakan rakyat Malaysia.

Syabas DLCW.
tak perlu minta maaf, tak perlu malu dengan kekalahn mu Datuk, sesungguhnya andalah wira sukan negara. Lee Chong Wei All The Way!

tapi sayang, disaat rkyat Malaysia bersatu menyokong DLCW, ada juga yg memandang sinis kekalahan LCW, mempertikaikan kekalahan dan mengutuk DLCW. ini yg berlaku oleh kebiadapan adun kota Shah Alam, M.Manoharan. untuk berita selanjutnya klik di sini 

hampeh punya monoharam

 ada juga yang hampa tak dapat makan ais krim Baskin Robbins percuma. haha. takpalah, kalau tak dapat percuma, apa salahnya beli sendiri untuk makan. yang saya tak faham, ada juga pihak yg kaitkan aiskrim percuma dengan politik, menuduh kerajaan menghina rakyat Malaysia di atas satu isu 'asikrim' tak lama dahulu. apa tah relevannya niat murni BR dengan politik. macam-macam.

sedapnya. sedap ke?


apa yang kita harus akui, Malaysia bakal kehilangan permata paling bersinar dalam sejarah sukan badminton negara, lagenda badminton yang akan sentiasa dihormati rakan dan lawan. selepas ini tiada lagi kelibat LCW dalam olimpik. tugas utama pihak yang berwajib sekarang ialah melahirkan sekumpulan pemain yang mampu memberi cabaran kepada kuasa besar badminton dunia, dan ia bukanlah tugas yg mudah.

sayang seribu kali sayang, DLCW hidup sezaman dgn Lin Dan. apapun, the best of Lee Chong Wei always the best for us. you always make us proud. kesungguhan dan ketabahan anda menjadi inspirasi kpd rakyat Malaysia yg kita mampu menyayingi kuasa sukan dunia. Majulah sukan untuk negara.





Tuesday, July 31, 2012

dark knight rises review

salam 1malaysia.

hari sabtu minggu lepas, apa yg diimpikan menjadi kenyataan.

dah lama merancang nak tengok Dark Knight Rises dari first week ditayangkan tapi tak berkesempatan sebab kekangan masa dan takda yg nak teman. hehe.

tapi alhamdulillah, nana dan adik2 nya dapat menemani saya menonton Dark Knight Rises.

apa yang boleh saya katakan, filem ini sangat berbaloi untk ditonton. RM12 untuk 3 jam yng penuh saspen, aksi, kekecewaan, pengkhiatan , kesedihan dan kebangkitan diolah sebaiki2nya oleh tuan teraju utama, Christopher Nolan.

bermula dgn Bruce Wayne yg tempang, hilang keyakinan dan kecewa dgn kematian kekasih dalam Dark Knight, kita dapa melihat sisi manusia biasa seorang batman. diatidak terurus dan menyepikandiri selama 8 tahun selepas kematian aweknya dan Harvey dent.

kemuculan watak catwoman yg tidak stereotype seperti digigit kucing utk menjadi catwoman adalah satu idea yg sgt bagus dan realiti dunia sebenar.  seperti yg kita tahu, cicakman, spiderman smenjadi hebat kerana pertolongan haiwan2 terbabit. catwoman juga dlm batman begins minat kucing dan 'dihidupkn' kemabali oleh kucing2nya.

unsur2 kekeluargaan dan kasih syg juga sgt menyentuh hati dimana Alfred minta utk resigned sbb bimbangkan keselamatan bruce wayne dan tidak mahu "menegebumikan" waris terakhir keluarga wayne.  kesedihan alfred dpt dirasai oleh penonton termasuk saya.

watak Bane yg kejam, gagah tpi sgt bijak amat berkesan. satu-satunya musuh batman yg dapat mematahkan tulang belakang batman dan mengalahkan batman dgn bergaya. kekejaman dia dpt dilihat dgn meletupkan stadium dgn mengorbankan pemain2 bola serta menghuru harakan gotham city.

idea dan falsafahnya yg mahukan kesamarataan golongan kaya dan miskin, menghapuskan rasuah konon2nya, dan penindasan kpd rakyat dgn membuat huru hara dan keganasan boleh dijadikan iktibar oleh kita semua. matalamt tidak mengahalalkan cara. tidak boleh bandingkan Bane dan Joker, mereka mempunyai keistimewaan tersendiri. tpi personally saya suka Joker lagi. hehehe.

dalam filem ini juga company, kereta2 batman yg menjadi rahsia Wayne Enterprise jatuh ke tangan penjahat. kita dpaat melihat Batman hilang segala-galanya dlm filem ini. tetapi kemunculan aircraft The Bat sangat hebat dan unik.

Bane berjaya menyeksa Batman dari segi fizikal dan mental. kebangkitan Batman dgn bantuan Catwoman (dia punca masalah kepada Wayne), Gordon dan detective Blake (bakal jadi Robin) akhirnya dapt mengalahkan Bane dan orang2nya walaupun Batman 'mati' untuk meyelamtkan gotham.

tapi terdapat sedikit twist apabila Bane bukanlah dalang utama kehancuran gotham tpi Miranda Tate iaitu rakan perniagaan Bruce Wayne dan juga anak kepada Ras A'Ghul. dia yg merancang sebenarnya kegansan dan kejatuhan Gotham.

filem ini adalah penamat kepda trilogi Batman dibawah Christopher Nolan. sesungguhnya filem Batman dibawah pengarah ini akan menjadi satu LAGENDA dan legasi yg sukar ditewaskan. filem ini memberi kesan yg sgt mendalam pada peminat Batman. saya mahu saja bertepuk tangan dlm wayang kerana bangga dgn filem ini.
Christopher Nolan dan Christian Bale

berbaloi nya menonton filem luar sperti Dark Knight ni. 2-3 kali pergi wayang pun rasa berbaloi tgk filem ni dari pergi menonton filem ahmad idham dn lain2 dgn lawak bodoh lagi membodohkan.
apapun, kalau berkesempatan, pergilah menonton filem Dark Knight Rises ini. anda akan puas hati. THE LEGEND ENDS? NEVER.




Miranda Tate

from left; det.blake (robin in future), comm gordon, Batman, Bane and Catwoman











Tuesday, July 24, 2012

lawak di kala lapar dahaga.


saya kurang pasti kalau pertanyaan ini mmg ada atau tidak atau super impose..
tapi yg pasti ini adalah antara soalan paling lawak pernah saya baca.
dgn jawapn yg seakan menganjing dari doktor tu, saya kompem pecah perut baca.

Melayu Kena Halau?

salam 1 Malaysia, salam Ramadhan.

just nak bagi link tentang peristiwa 13 Mei. tragedi hitam negara kita.

sedih..apa agaknya tindakan kita kalau kita hidup pada zaman tu untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kita? berwaspada dan baik juga perlu berpada-pada.

klik sini untuk berita selanjutnya


Monday, July 23, 2012

Allah selamatkan kamu DS Najib Tun Razak

salam.

23 Julai 1953 adalah hari ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. semoga Allah merahmati, memanjangkan usia dan memberi kesihatan kepada Dato Seri Mohd Najib untuk kekal memimpin negara ini ke arah kejayaan dan kegemilangan. semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan karier politik untuk terus mentransformasi Malaysia menuju wawasan 2020.



Friday, July 20, 2012

berkasih melarang tidak, tapi jgn sampai tersilap.

salam 1Malaysia.

semalam melihat debat antara Ust. Fathul Bari Mata Jahaya (ILMU) dan Ust Nasarudin dari PAS menunjukkan kehebatan anak muda berdebat dengan suasana yg kondusif, penuh dgn hadis dan ayat2 suci Al-Quran sebagai hujah menyokong point masing-masing.

pada pendapat saya, Ust Fathul Bari lebih bersifat neutral dan cuba membawa idea yg lebih besar atau mencari kesefahaman dalam berpolitik. beliau juga mahukan agar memilih jalan yg lebih besederhana dalam memilih pemimpin yg baik, tidak terlalu agresif dan menyatakan pendapat dgn cara yg sesuai dgn kehendak islam.

dari suatu sudut, Ust Fathul Bari tidak cuba menggambarkan dirinya mewakili UMNO, tetapi lebih kepada individu/penceramah yang mahu membentuk kesefahaman dan mengarahkan isu yg didebatkan menjurus ke arah lebih harmoni, tidak menyalahkan antara satu sama lain selain mengakui kelemahan dalam UMNO sendiri. beliau mengajak anak muda menilai tidak hanya melalui persepsi semata-mata tpi mesti menggunakan akal dan mengakui kebenaran.

manakala ustz nasarudin lebih kepada menggambarkan anak2 muda mahukan perubahan kerana kerajaan sedia ada terlalu lama memerintah, jadi terlalu bnyak KEZALIMAN, RASHUAH DAH MENJADI BARAH, PENYELEWENGAN WANG, PENINDASAN, PENYEKATAN KEPADA PEMBANGKANG yg dilakukan oleh kerajaan dan menjadikan point2 ini sebagai asas untuk anak muda memilih menumbangkan kerajaan sedia ada dlm PRU13 seperti fenomena arab springs.

ayat2 ini adalah biasa digunakan oleh pembangkang untuk menggambarkan kerajaan dan memberi persepsi yg buruk terhadap kerajaan kepada org muda. selain itu, beliau mengaku kerajaan PR tidak melakukan rasuah, seolah2 suci dlm mentadbir negeri dan tidak mengaku kesalahan dan kepincangan. ini adalah kenyataan tidak adil kerana usaha2 kerajaan persekutuan seolah2 tidak ada yg betul, sumbangan mereka dinafikan dan hanya nampak yg buruk saja.

bercakap soal dominan dalam PR, ust nasarudin juga memberi fakta yg salah mengenai pemilihan MB Perak sewaktu PR menang, dgn mengatakn PR mencapai kata sepakat memilih MB melayu/islam walaupun DAP adalah dominan di sana. kita tahu bahawa undang2 tubuh negeri perak mengatakan MB mestilah orang islam dan melayu. point2 lain juga dikeluarkan tidak ada kena mengena dgn soalan.

kita sebagai orang muda, kadang2 pemikiran masih mentah, agresif dan lantang. tapi persepsi tak boleh dijadikan pegangan. ramai anak muda terlalu meminta2 kehendak mereka didengar dan mahukan hak mereka ditunaikan tapi mereka tidak pulak memberi hak kepada pemerintah. asik menentang secara terbuka, berdemo dan mencaci kerajaan/pemimpin. tengok sajalah aksi mereka dlm demo masuh PTPTN. dalam islam, kita tidak boleh terlalu meminta-minta dan ia adalah perbuatan yg keji.

apapun, program seperti ini sgt berguna utk kita, pada saya ia bukan debat tetapi lebih kepada program memberi kesedaran dan membuka minda anak muda dlm memilih pemimpin yg sepatutnya dlm PRU. anak muda sudah ada kesedaran, jadi gunakan peluang ini sebaik2 nya. kita boleh menyokong mana2 pihak, tidak menjadi kesalahan, tidak dilarang tapi jgn silap membuat pilihan. itu juga saya ingatkn pada diri saya.

"Tiada dalam ajaran Islam supaya kita menyuburkan budaya saling benci-membenci ini, ia bukan sahaja akan memecahbelahkan masyarakat malah akan melemahkan kedudukan negara itu sendiri,"
terima kasih. selamat berpuasa kepada semua umat islam . selamat bertarawih.


Thursday, July 19, 2012

WAJIB TONTON!


SALAM 1MALAYSIA.

debat antara ketua pemuda PAS dan Ustaz Fathul Bari (UFB) dari ILMU/Ulama Muda UMNO akan berlangsung tapi tiada siaran langsung, tapi boleh tonton siaran tertunda jam 9 malam di Astro Awani.

kedua2nya mempunyai latar belakang pendidikan agama yg tinggi cuma dari satu segi, mereka mewakili parti politik masing2. so pandangan dan tafsiran mereka mudah orang klasifikasi kn pndangan membela parti mereka.debat ini jugak berkaitan PRU13, so jangan terlalu emosi ya kawan2.

dan sememangnya kita perlu saling tegur menegur jika ada kesilapan, bukan mengkafirkan, menuduh dan memperkecilkan ilmu agama orang lain. banyak yg terjadi skg ni, masing2 nk tunjuk ada ilmu yg tinggi dan ajk orang berdebat smpi terlupa yg ilmu tu juga boleh memakan diri kalau setkat menunujuk2 di FB.( jdi ulama tak bertauliah di fb) hehehe.

semoga kita melihat dgn berlapang dada, berfikiran terbuka menonton debat ini, daripada dgr ceramah agama yg penuh lawak, dilawakkan, penuh gelak  ketawa, dan sesekali carut sbg penambah rasa.
 
PRU13:orang muda pilih siapa? saya dah ada pilihan dah, dulu kini dan selamanya..anda?

Tuesday, July 17, 2012

poster yg sgt style! ynwa!
















 


YNWA!!

patut dan tak patut untuk Liverpool.

salam semua.



1) musim BPL 2012-13 bakal bermula tak lama lagi. pasukan Liverpool seperti jgk pasukan lain sibuk berbelanja, menjual, memberi pinjaman, meminjam dan membentuk squad baru yg lebih mantap.

2) tempat ke-8 bukanlah sasaran utk tahun ini, tapi sekurang2 nya 4 teratas. so, dari segi perancangan nampaknya berjalan lancar. tapi ada jugk yg tak sedap didengar.

3) entry ini adalah pendapat saya shj mengenai apa yg patut dan tidak patut dilakukan oleh Liverpool untuk musim 2012-13.

4) pertama sekali, pembelian Fabio Borini nampaknya seakan2 bagus dan memberi harapan utk pasukan. dgn rekod yg agak baik ketika di Roma, masih muda dan kuat. Suarez sudah ada pasangan ideal di bahagian serangan. langkah ini memang patut diambil BR memandangkan dia sgt mengenali Fabio ketika di chelsea dan swansea.

5) kedua, Liverpool sepatutnya menjual atau loan beberapa pemain yg kurang memberi impak seperti Stewart Downing, Coates, dan Charlie Adam. wlaupun charlie adam, adalah pemain yg bgus ketika di blackpool, tpi dia agak "malu2" di liverpool. dia masih pemain yg bgus, tpi perlu diberi pinjaman utk memperbaiki semangatnya.

6) membeli skillfull winger. khabar angin mengatakan Liverpool nak beli THeo Walcott. Walcott seperti yg diketahui adalah peminat Liverpool dari kecil. so, ni lah peluang terbaik BR. peranan winger seperti Maxi Rodriguez sgt penting. dgn ketiadaan beliau, Liverpool mesti mencari pengganti.

7) membeli pemain tengah yang kreatif/boleh ganti gerrard. pemain seperti Clint Dempsey adalah sgt diperlukan buat Liverpool. walaupun ada khabar mengatakan Gaston Ramirez nak dibeli, tapi kita tak tahu sejauh mana kemampuannnya, wpun rekodnya sgt baik di Itali. Henderson mungkin akn bermain sbg winger. so tengah ada gerrard, lucas, shelvey. shelvey belum layak utk ganti gerrard. harapan juga diletakkan di atas bahu Aquilani dan Joe Cole yg kembali dri pinjaman. pemain bintang ini diharap dpt memberi sumbangan yg berkesan.

8) memperkasa pertahanan tengah dgn membeli pemain sebagai pengganti Lucas. Danielle de rossi adalah yang terbaik. sami kheidira pun salah satu option. hehe. ataupun Moroune Fellaini?

9) jangan jual Carroll!! Caroll dah menunjukkan peningkatan yg memuaskan di akhir musim lepas dan di EURO. sepatutnya BR perlu mengasah dan menggunakn selueruhnya kekeuatan carroll musim ini. disamping borini dan suarez, carroll adalah senjata utama liverpoo.. rembatan kiri yg kencang dan tandukan yg tepat adalah bonus buat bhagian serangan Liverpool.

10) menggunakan khidmat pemain muda seperti Kelly, Flanagan, Sterling, dan Suso. ini sgt perlu. disamping memberi peluang, ia juga dpt meningkatkan keyakinan mereka. seterusnya mengurangkan perbelanjaan kelab membeli player luar.

You'll Never Walk Alone.

Thursday, July 12, 2012

penjahat dan penjara.


Sepasang pengantin baru sedang bersiap-siap untuk menikmati malam pertama mereka. Pengantin perempuan berkata,

"Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang malam pertama. Boleh abang terangkan dulu sebelum kita melakukannya? "

"Ohh, itu senang sangat! Kita ni anggap jer macam penjara. Yang ayang 'punya' tu selnya dan yang abang 'punya' adalah penjahatnya. Kat penjara, penjahat kan ke harus dimasukkan ke dalam sel." Terang pengantin lelaki sambil tersengih-sengih. (terer tol laki dia ni..banyak membaca nih)

Lalu mereka pun mulai bercumbu-cumbu mengharungi lautan asmara...

Ketika semuanya sudah selesai, si pengantin lelaki terbaring kepenatan lalu cuba untuk memejamkan mata. Tiba-tiba si pengantin perempuan berkata,

"Bang, 'penjahatnya' terlepas."

Mendengarkan itu, pengantin lelaki pun mulai memasukkan 'penjahatnya' sekali lagi.

Rupa-rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama kali dirasakannya. Setiap kali selesai, dia mengatakan bahawa penjahatnya lepas atau melarikan diri keluar dari 'selnya'.

Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata,

"Yang, 'penjahat' yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup!"

Allah selamatkan kamu Tun Dr. Mahathir Mohammad

salam 1Malaysia.

pada 10 july 1925, iaitu 87 tahun yang dulu seorang lelaki biasa yang mempunyai kepimpinan dan pemikiran yg luar biasa telah dilahirkan di bumi bertuah Malaysia.

tapi secara rasminya, hari kelahiran Tun didaftarkan pada 20hb Disember, empat hari selepas hari jadi saya. hehehe.

segala apa  yang telah dilakukan untuk bangsa melayu dan negara Malaysia khususnya adalah amat sukar dinafikan oleh kita semua.

beliau dihormati di mata dunia, digeruni musuh politiknya, disayangi oleh rakyat kerana kepimpinan nya. beliau memacu Malaysia ke arah negara membangun yg paling maju. saya berbangga kerana saya adlah antara jutaan rakyat Malaysia yg dapat hidup dibawah pentadbiran Tun.

kata-katanya, sikapnya yg sentiasa sinis amat berkesan di hati. mungkin Malaysia tidak akn dapat melahirkan pemimpin seperti beliau selepas ini, tpi visi dan semangatnya, serta kepimpinannya boleh dijadikan tauladan utk kita semua.

oleh itu, walaupun setelah 87 tahun , idea dan pemikiran beliau masih lagi ditagih oleh kebanyakkan pihak. ketajaman akalnya sentiasa menjadi tumpuan dan rujukan. kata-katanya menjadi sumber berita bagi wartawan2 seluruh dunia. itulah kelebihan the living legend, the brilliant Malaysian the one and only, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

saya doakan semoga Tun terus diberi kesihatan dan kesejahteraan, diberikan kekuatan untuk terus memperjuangkan nasib umat islam dan melayu . kami masih memerlukan seorang negarawan ulung seperti Tun. semoga Tun sentiasa berbahagia disamping isteri tercinta dan keluarga.selamat ulang tahun ke-87 Tun, and i wish many more years for you.
Happy 87th birthday Tun

wish you happy always

Wednesday, July 11, 2012

masih belum terlambat

'Anak saya rosak kerana pengaruh pembangkang'

REMBAU 9 Julai - ''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."
Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.
''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.
''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.
Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu.
Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.
''Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan pembangkang," ujarnya.
Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri berubah.
''Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.
''Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun emak," tegasnya.
Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan 'kambing hitam' untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.
''Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar Kamarudin.

sumber: utusan malaysia online

*fikir-fikirkan lah:)

Monday, July 2, 2012

zaman jambu sudah berlalu.

salam 1Malaysia.

Tahniah kepada Spain, pasukan favourite saya di atas kejayaan menjulang piala eropah buat kali kedua berturut-turut dgn menewaskan Itali dgn jaringan 4-0.

Jaringan hasil David Silva, Jordi Alba, Torres dan Juan Mata telah meneggelamakan kehebatan Andrea Pirlo dan rakan-rakannya. Permainan cantik Spain terus menguasai aksi bola sepak dunia. mereka membuktikan kehebatan teknikal, permainan cantik, kemas, hantaran pendek dan laju adalah ramuan terbaik untuk sebuah pasukan bola sepak untuk berjaya.

tapi saya bukanlah pengulas sukan yg hebat, dan pasuka Spain yg hebat tak perlu di ulas pjg lebar lagi, siapa yg tgk final pagi tadi, pasti akan terpukau dan faham apa itu bola sepak yg sebenar.

entry kali ini mengenai trend pemain bola berjambang. dulu kita tahu, kebanyakkan pemain bola semua jambu2, tak ada misai dan janggut, licin, dan membuat gadis2 tiba2 terminat bola sepak. contoh nya, kaka, cristiano ronaldo, dan beberapa yg saya pun xingat nak sebut.

bola sepak zaman 70an, dan 80an banyak player bola yg berjambang. dan antaranya yg paling terkenal ialah
Socrates (lagenda Brazil) dan George Best (lagenda MU)

george best

Socrates


zaman pemain-pemain jambu, sudah seakan berakhir. ia diganti dgn pemain yg lebih macho, gagah, matang , garang, bersemangat dan melambangkan kejantanan memenuhi ruang padang bola sepak..di bawah ini saya senaraikan antara pemain zaman sekarang yg kacak berjambang,.

pemain ini sememangnya sesuai berjambang. agak pelik melihat dia tidak berjambang.
Gennaro Gattuso (AC Milan & Itali)



Cesc Fabregas. (Barcelona & Spain)

Xabi Alonso (R.Madrid & Spain)

T. Henry (NY Bulls & France)

Iker Casillas (R.Madrid & Spain)

Olof Melberg (Sweden)

Gerrard Pique (Barcelona & Spain)

Daniel De Rossi (AS Roma & Itali)


S. Ramos (R.Madrid  Spain)


Dalam List ni kebanyakkan nya player Itali dan Sapin sebab palyer2 dari negara ini adalah lebih kacak dari palyer negara lain. kebetulan pulak mreka bertemu di pentas Final Euro 2012. so mmg diberi keutamaan la. haha. ada jugak player2 lain yg berjambang tapi mungkin tidak sekacak player2 ni seperti raul meireles, juan mata, frank ribery dan lain2. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...