Wednesday, June 20, 2012

Fiqh Mentaati Pemimpin

Tahniah kepada MyKmu serta Generasi Bestari,iaitu Penganjur Program Fiqh Mentaati Pemimpin selama 3 hari di PWTC pada 15-17 Jun baru-baru ini.Program tersebut mendapat sambutan hangat serta pujian dari para peserta kerana berjaya mengupas isu-isu taat kepada pemimpin menurut Islam yang begitu membelenggu sebahagian rakyat Malaysia.Ketika satu demi satu negara Islam di dunia semakin lemah atau hancur dek kerana rakyatnya telah tersilap pertimbangan akibat terlalu mengikut emosi sehingga termakan hasutan musuh, Malaysia masih berdiri teguh dan bertahan dari mengikut jejak langkah mereka.

Memetik kisah yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady,Felo Amat Utama,International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC),UIAM, pembentang kertas kerja ke 7 ketika beliau berbual dengan seorang Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan,kalau tak silap saya,telah berkata bahawa “Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau,tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga,” - iaitu makmur dan aman.

Hakikat ini,telah terlebih dahulu ditegaskan oleh hampir semua pembentang kertaskerja sebelumnya yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang dilimpahi nikmat Allah S.W.T.Malah pembentang ke 3,iaitu Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir juga menyatakan nama beberapa tokoh ilmuan Islam, antaranya, Dr. Hamza Hassan dan beberapa nama lagi yang penulis tidak sempat catitkan, yang semuanya mengangkat Malaysia sebagai negara yang mampu menjadi peneraju semua negara Islam di dunia. Keamanan dan kemakmuran adalah nikmat nyata yang tidak harus dinafikan. Sikap umat yang kufur nikmat mampu mengundang bala kepada negara.Tidak ada sesiapa yang lebih layak menilai nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di Malaysia melainkan para Ulama tersohor dari Negara-negara Arab yang telah menyaksikan kemusnahan di negara mereka.Sesungguhnya,pekerjaan,makanan,kemudahan,keselesaan,keamanan,
kesejahteraan,kegembiraan yang kita lalui dalam kehidupan adalah nikmat dan menafikan hakikat ini adalah sifat orang-orang yang kufur.

Tidak mungkin rakyat akan mampu merasai segala nikmat ini sekiranya pemimpin kita bukan seorang yang layak iaitu adil,cekap,bijak dan prihatin.Yakinlah bahawa sekiranya pemimpin yang ada bukanlah seorang yang layak berada di tempatnya, maka negara ini sudah pasti hancur melihat dari keadaan lanskapnya yang begitu rapuh iaitu berbilang bangsa,agama dan budaya.Jika kita meletakkan sesuatu di tempat yang tidak layak untuknya, maka tunggulah saat kehancurannya.Berdasarkan fakta ini,semua Ulama yang membentangkan kertaskerja sepakat bahawa pemimpin yang sedemikian wajib ditaati.

Pembentang pertama,iaitu Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour,Mantan Timbalan Syeikhul Azhar,Mesir juga menyatakan bahawa bukan hanya rakyat yang mempunyai hak,tetapi pemimpin juga mempunyai haknya. Antara hak pemimpin ialah untuk ditaati dan dihormati.Jika tidak,negara mampu menjadi huru-hara dan tidak akan maju ke hadapan. Lalu, rakyat juga yang akan susah dan menderita.Justeru,mentaati pemimpin adalah wajib menurut Islam.Selagi pemimpin tersebut menunaikan solat dan tidak menyuruh kepada kemungkaran.

“Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)”. (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata :

“Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)”. (Majmu’ al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda :

“Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275).

Umat yang tidak mentaati pemimpin pastinya akan berpecah belah. Umat yang berpecah belah pastinya lemah di mana musuh akan mudah menghancurkan mereka. Lebih buruk lagi, mereka juga akan menghancurkan sesama sendiri dengan kebencian yang meluap-luap,hasad dengki,iri hati dan dendam kesumat yang tidak berasas sama sekali.Untuk menghancurkan sesama sendiri pula mereka akan menyebarkan fitnah, mencaci dan menipu orang ramai bagi mencapai matlamat mereka.Kehancuran sesebuah negara hampir semuanya berpunca dari tindakan sebahagian rakyat yang menentang pemimpin atau keluar dari jemaah.

Dalam bahasa mudahnya,apa yang boleh disimpulkan dari isu ‘taat kepada pemimpin’ yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program tersebut ialah Pemimpin Malaysia hari ini adalah orang Islam,yang syahadahnya masih kukuh, solatnya juga terjaga. Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran. Jika beliau punya kelemahan dan jika beliau ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T. Selagi beliau mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan, maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam.Dengan berkat doa para Ulama tersohor dunia,harapan kita agar Umat Islam di Malaysia kembali bersatu dan menolak seruan golongan Ulama jahat akhir zaman yang ingin kita semua terus berpecah belah demi kepentingan diri dan politik kepartian.

RENUNG-RENUNGKAN

sumber: badutrakyat.blogspot.com

Thursday, June 14, 2012

cermin cermin di dinding.

raul meireles-portugal
cm punk- wwe



















lebih kurang kan? hahaha.

k.o dengan k-pop!

salam 1Malaysia.
semoga sehat semuanya.

  1. sekarang ni mana-mana pergi pun sibuk pasal k-pop. apa yg best dgn k-pop ni? 
  2. untuk saya, saya memang tak boleh terima, otak menendang-nendang, akal tak boleh hadam melihat k-pop ni macam saya tgh tgk filem-filem ahmad idham, prof razak mohaideen, filem lawak murahan malaysia, dan yg sewaktu dengannya.
  3. " kalau xnk tgk, jgn la tgk" ini anatara reaksi org kalau kita komplen. mesti ada yang bangkang bila ada pendapt yg berbeza.  tapi itulah hakikat, kadang-kadang saya tak mau tgk pn k-pop tpi bila hari2 org kt ofis ni bkk chanel korea terpaksalah tgk jgk. 
  4. k-pop tak merangkumi drama, atau game show dari korea tpi lagu-lagu bawaan penyanyi atau kumpulan yg ahlinya melibihi atau kurang sikit dari sedozen ,.
  5. ciri-ciri mereka muka seakan-akan sama. tinggi sama, berat badan sama, menari gaya sama, pakai baju seksi2, kaki pnjg2, dan lagu ada sikit2 english cmpur aduk dgn bahasa korea yg kita tak paham.bhsa inggeris pulak guna ayat senang-senang macam, "fantastic, mr.simple, baby, honey, gorgeous, baby baby baby, love , im a boy, u r girl, dan sebagainya. dalam brpuluh rangkap, satu rangkap je bahasa inggeris digunakan. kebanyakkannya la.
  6.  kumpulan baru tumbuh macam cendawan, dgn konsep yg sama yg menjengkelkan.bayangkan, apa jadah kumpulan ada ahli ramai-ramai dgn suara sama, perananan sama just sekadar memenuhkan pentas?
  7. di Malaysia kumpulan penyanyi paling ramai pun kumpulan RABBANI. 
  8. mungkin ramai yg minat k-pop ni sbb cntik-cntik, comel-comel, manja-manja tpi manusia biasa macam saya mmg tak boleh terima dan membezakan artis-artis k-pop ni sebab mmg muka mereka sama. mungkin 97% sama. fake.tak kisah lah, laki ke perempuan ke sama je. muka macam kne curah dgn lilin. dan boleh letak dkt muzium MADAME TUSSAUDS. .terima kasih doktor bedah plastik.
  9. entry ini bukan untuk mengutuk minat org lain, gadis2 manis yg suka dgn k-pop, nk bf mcm k-pop dan sebagainya tp ni sekadar pendapat. 
  10. macam takda faedah je k-pop ni. dah tua nnt mesti dorg rasa malu bila tgk balik video-video diorang. hahaha. mampuiiihhhhh....
  11. apapun, kita org malaysia jgnlah terpengaruh dgn k-pop, tak payahlah tiru budaya k-pop ni, nak jadi artis macam k-pop dan sebagainya. buat malu je. meluat org tgk. hehe.
  12. kesimpulannya, budaya k-pop ni mmg tak boleh diterima oleh saya. walaupun dorg cantik tpi saya jamin dorg suma tak pandai masak, tak pandai kemas rumah bahkan tak pandai hidup besederhana. hehehe. tak boleh buat menantu.  
  13. ni ada link, leh tgk senarai nama ahli berdozen-dozen sau group. hahaha. http://kpoplists.tumblr.com/post/363760665 
 10 kali lebih baik tengok EURO. hahaha.










Monday, June 11, 2012

Friday, June 8, 2012

musim demam teruk.

salam 1 Malaysia.



pegawai-pegawai kesihatan dan majikan telah mendedahkan bahawa bulan June 2012 adlah bulan yang paling ramai akan megalami masalah kesihatan dan mengambil MC. dijangka aktiviti syarikat juga akan megalami kelembapan dari segi produktiviti dan ekonomi.

jadi sebagai langkah kehadapan dalam menghadapi isu ini, beberapa majikan telah mengambil tindakan drastik iaitu memasang TELEVISYEN di pejabat dan menggalakkan pekerja membuat OT serta membuat bilik tambahan dengan kemudahan ubat-ubatan untuk pekerja LEKAKI untuk berehat.

kenapa kejadian ini berlaku? demam apakah yg menggangu aktiviti dan kelancaran perjalanan syarikat ini? ia tidak lain dan tidak bukan ialah demam EURO 2012!!

peminat-peminat bola sepak tanah air akan berjaga sehingga pagi untuk menyaksikan pasukan kesayagan mereka beraksi untuk menjulang piala eropah yang berlangsung 4 tahun sekali ini. kejohanan kedua terbesar bola sepak ini setelah PIALA DUNIA amat ditunggu-tunggu kerana ia menyajikan aksi bola sepak tahap tertinggi. gabungan pemain muda dan veteran serta taktikal yg menarik menambah kehebatan acara ini.


pasukan seperti Spanyol, German, Portugal, England, Itali dan Belanda tetap menjadi pilihan dalam kejohanan kali ini. saya adalah penyokong SPAIN dari dulu lagi walaupun pasukan ENGLAND memiliki paling ramai pemain pasukan LIVERPOOL kesayangan saya.

para wanita juga bersemngat bila euro tiba sebab mereka boleh usha pemain2 hensem dari pelusuk eropah dan cuba untuk menyokong pasukan yg paling ramai pemain hensem. hahaha.tak kisahlah, janji bola sepak adalah cara yg paling berkesan untuk memupuk semgat bersatu padu, semgat setiakawan, dan semagat kenegaraan.

apapun, bos saya dah berkira-kira untuk masukkan saya shif malam. hahaha. bolehlah layan kt ofis. untung kerja ngn syarikat penyiaran ni.hahahha. tv dimana-mana.
majulah bola sepak untuk negara.VIVA ESPANA! LA FURIA ROJA!

La Furia Roja!!

Thursday, June 7, 2012

tazkirah pagi

Rakyat tidak menolak Islam, tetapi mereka mungkin ragu-ragu dengan model Negara Islam yang hendak ditegakkan oleh sesetengah pihak. Mereka tidak ragu dengan Tuhan, tetapi mereka ragu dengan tafsiran kehendak Tuhan yang buat. Apatah lagi apabila kelompok agama itu sering memilih pendapat yang paling sukar untuk dilaksanakan. -Dr. MAZA

Wednesday, June 6, 2012

filem yang paling ditunggu-tunggu 2012

salam 1 malaysia.

 
bedasarkan pemerhatian saya, 
sekarang ni kurang filem2 melayu dan english berkualiti di pawagam. maksud kurang berkualiti ialah filem yg dibuat untuk keuntungan semata, atau kononnnya mahu memberi pengajaran ringan kepada penonton sehingga terlalu ringan dan tiada manfaat untk ditonton.
kadang2 kita disogok dgn trailer dan promosi yg sgt hebat tpi akhirnya trailer yg hebat itu tidak lah menggambarkan kehebatan filem itu. 
mengenai filem melayu, saya kurang berminat.atau memang saya tak berminat dengan filem2 melayu selain dari filem2 lagenda Tan Sri P.ramlee.

tapi pada bulan Julai ini, filem yang paling saya tunggu akan berada di pawagam iaitu THE DARK KNIGHT RISES. filem Batman terdahulu, The Dark Knight adalah filem batman terbaik pernah dihasilkan, dengan watak super villain the joker lakonan heath ledger sgt berkesan. Filem terbaru Batman ini dikatakan lebih hebat dan sgt EPIK. filem ini menjadi filem wajib tonton pada semua penggemar filem, tak kira penggemar filem batman atau tidak. ini adalah sedikit poster utk filem ini. semoga filem ini memberi kesan mendalam terhadap penggemar filem aksi. 



Monday, June 4, 2012

terima kasih Dirk18Kuyt. YNWA.

salam 1Anfield.
menyedihkan. akhirnya pemain kesayagn kita, Dirk Kuyt meninggalkan Liverpool setelah 6 tahun berbakti, mencurah keringat dan tenaga untuk kelab ini.

seorang pemain yang cukup bertenaga, bersemangat, dan tidak mengenal erti penat pada pandangan saya sepanjang bermain utk Liverpool. digelar MR. DURACELL kerana kelebihannya itu.

apa yg penting, beliau perlu meneruskan kerjayanya. setelah kurang mendapat tempat ketika King Kenny menjadi pengurus, beliau membuat kepetusan uk berhijrah ke Fernebache, antara kelab terhebat Turki.

antara kenangan terindah ketika beliau bersama Lverpool ialah menjaringkan hatrik ketika menentang MU ketika FA Cup ketika musim 2010-2011. jaringan hatrik itu membolehkan liverpool menang bergaya 3-1.
dan dia meanamtkan kariernya di Liverpool dengan menjulang Carling Cup 2012.


the Dutch Master, Dirk Kuyt tetap di dalam hati kami. menjadi kebangaan dan kenangan terindah pada saya dapat menyaksikan beliau beraksi di Bukit Jalil dan melihat beliau menjaringkan gol ketika menentang Harimau Malaya.

terima kasih Dirk Kuyt, 285 penampilan dan 71 gol untuk Liverpool. selamat berjaya di kelab baru.
You'll Never Walk Alone.

welcome to new home Brendan Rodgers!

assalamualikum dan salam 1Malaysia.

setelah pemecatan lagenda Liverpool, Kenny Dalglish sebagai pengurus, akhirnya Liverpool telah melantik seorang pengurus muda yang kurang terkenal sebagai pengganti KD iaitu Brendan Rodgers. Beliau ialah bekas pengurus Swansea sebelum menyertai Liverpool.

Beliau juga pernah menjadi jurulatih muda untuk Chelsea ketika zaman Jose Mourinho. ini ialah info tentang perjalanan karier beliau .click sini 

corak permainan yg ditrerpkan  oleh beliau semasa di Swansea adalah pass and move yg menjadi falsafah Liverpool sejak dulu. secara kasarnya, permainan Swansea adalah ala2 barcelona dibawah kendaliannya. saya mengharapkan beliau dapat mengubah pasukan kesayangan ini menjadi lebih kompetetif utk season baru ini. apa yg penting 3 mata setiap perlawanan utk meyakinkan kami yg pihak FSG tidak tersilap langkah.

apapun, kami tetap menyokong segala keputusan FSG dan menyokong B-Rod untuk mengendalikan Liverpool. kami percaya pada falsafahnya dan cita-cita dia mahu mengembalikan kegemilangan Liverpool. jangan jadi kaya lepas ni dapat duit pampasan sebab kne pecat da la..hehehe. YNWA!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...