Tuesday, July 31, 2012

dark knight rises review

salam 1malaysia.

hari sabtu minggu lepas, apa yg diimpikan menjadi kenyataan.

dah lama merancang nak tengok Dark Knight Rises dari first week ditayangkan tapi tak berkesempatan sebab kekangan masa dan takda yg nak teman. hehe.

tapi alhamdulillah, nana dan adik2 nya dapat menemani saya menonton Dark Knight Rises.

apa yang boleh saya katakan, filem ini sangat berbaloi untk ditonton. RM12 untuk 3 jam yng penuh saspen, aksi, kekecewaan, pengkhiatan , kesedihan dan kebangkitan diolah sebaiki2nya oleh tuan teraju utama, Christopher Nolan.

bermula dgn Bruce Wayne yg tempang, hilang keyakinan dan kecewa dgn kematian kekasih dalam Dark Knight, kita dapa melihat sisi manusia biasa seorang batman. diatidak terurus dan menyepikandiri selama 8 tahun selepas kematian aweknya dan Harvey dent.

kemuculan watak catwoman yg tidak stereotype seperti digigit kucing utk menjadi catwoman adalah satu idea yg sgt bagus dan realiti dunia sebenar.  seperti yg kita tahu, cicakman, spiderman smenjadi hebat kerana pertolongan haiwan2 terbabit. catwoman juga dlm batman begins minat kucing dan 'dihidupkn' kemabali oleh kucing2nya.

unsur2 kekeluargaan dan kasih syg juga sgt menyentuh hati dimana Alfred minta utk resigned sbb bimbangkan keselamatan bruce wayne dan tidak mahu "menegebumikan" waris terakhir keluarga wayne.  kesedihan alfred dpt dirasai oleh penonton termasuk saya.

watak Bane yg kejam, gagah tpi sgt bijak amat berkesan. satu-satunya musuh batman yg dapat mematahkan tulang belakang batman dan mengalahkan batman dgn bergaya. kekejaman dia dpt dilihat dgn meletupkan stadium dgn mengorbankan pemain2 bola serta menghuru harakan gotham city.

idea dan falsafahnya yg mahukan kesamarataan golongan kaya dan miskin, menghapuskan rasuah konon2nya, dan penindasan kpd rakyat dgn membuat huru hara dan keganasan boleh dijadikan iktibar oleh kita semua. matalamt tidak mengahalalkan cara. tidak boleh bandingkan Bane dan Joker, mereka mempunyai keistimewaan tersendiri. tpi personally saya suka Joker lagi. hehehe.

dalam filem ini juga company, kereta2 batman yg menjadi rahsia Wayne Enterprise jatuh ke tangan penjahat. kita dpaat melihat Batman hilang segala-galanya dlm filem ini. tetapi kemunculan aircraft The Bat sangat hebat dan unik.

Bane berjaya menyeksa Batman dari segi fizikal dan mental. kebangkitan Batman dgn bantuan Catwoman (dia punca masalah kepada Wayne), Gordon dan detective Blake (bakal jadi Robin) akhirnya dapt mengalahkan Bane dan orang2nya walaupun Batman 'mati' untuk meyelamtkan gotham.

tapi terdapat sedikit twist apabila Bane bukanlah dalang utama kehancuran gotham tpi Miranda Tate iaitu rakan perniagaan Bruce Wayne dan juga anak kepada Ras A'Ghul. dia yg merancang sebenarnya kegansan dan kejatuhan Gotham.

filem ini adalah penamat kepda trilogi Batman dibawah Christopher Nolan. sesungguhnya filem Batman dibawah pengarah ini akan menjadi satu LAGENDA dan legasi yg sukar ditewaskan. filem ini memberi kesan yg sgt mendalam pada peminat Batman. saya mahu saja bertepuk tangan dlm wayang kerana bangga dgn filem ini.
Christopher Nolan dan Christian Bale

berbaloi nya menonton filem luar sperti Dark Knight ni. 2-3 kali pergi wayang pun rasa berbaloi tgk filem ni dari pergi menonton filem ahmad idham dn lain2 dgn lawak bodoh lagi membodohkan.
apapun, kalau berkesempatan, pergilah menonton filem Dark Knight Rises ini. anda akan puas hati. THE LEGEND ENDS? NEVER.




Miranda Tate

from left; det.blake (robin in future), comm gordon, Batman, Bane and Catwoman











Tuesday, July 24, 2012

lawak di kala lapar dahaga.


saya kurang pasti kalau pertanyaan ini mmg ada atau tidak atau super impose..
tapi yg pasti ini adalah antara soalan paling lawak pernah saya baca.
dgn jawapn yg seakan menganjing dari doktor tu, saya kompem pecah perut baca.

Melayu Kena Halau?

salam 1 Malaysia, salam Ramadhan.

just nak bagi link tentang peristiwa 13 Mei. tragedi hitam negara kita.

sedih..apa agaknya tindakan kita kalau kita hidup pada zaman tu untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kita? berwaspada dan baik juga perlu berpada-pada.

klik sini untuk berita selanjutnya


Monday, July 23, 2012

Allah selamatkan kamu DS Najib Tun Razak

salam.

23 Julai 1953 adalah hari ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. semoga Allah merahmati, memanjangkan usia dan memberi kesihatan kepada Dato Seri Mohd Najib untuk kekal memimpin negara ini ke arah kejayaan dan kegemilangan. semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan karier politik untuk terus mentransformasi Malaysia menuju wawasan 2020.



Friday, July 20, 2012

berkasih melarang tidak, tapi jgn sampai tersilap.

salam 1Malaysia.

semalam melihat debat antara Ust. Fathul Bari Mata Jahaya (ILMU) dan Ust Nasarudin dari PAS menunjukkan kehebatan anak muda berdebat dengan suasana yg kondusif, penuh dgn hadis dan ayat2 suci Al-Quran sebagai hujah menyokong point masing-masing.

pada pendapat saya, Ust Fathul Bari lebih bersifat neutral dan cuba membawa idea yg lebih besar atau mencari kesefahaman dalam berpolitik. beliau juga mahukan agar memilih jalan yg lebih besederhana dalam memilih pemimpin yg baik, tidak terlalu agresif dan menyatakan pendapat dgn cara yg sesuai dgn kehendak islam.

dari suatu sudut, Ust Fathul Bari tidak cuba menggambarkan dirinya mewakili UMNO, tetapi lebih kepada individu/penceramah yang mahu membentuk kesefahaman dan mengarahkan isu yg didebatkan menjurus ke arah lebih harmoni, tidak menyalahkan antara satu sama lain selain mengakui kelemahan dalam UMNO sendiri. beliau mengajak anak muda menilai tidak hanya melalui persepsi semata-mata tpi mesti menggunakan akal dan mengakui kebenaran.

manakala ustz nasarudin lebih kepada menggambarkan anak2 muda mahukan perubahan kerana kerajaan sedia ada terlalu lama memerintah, jadi terlalu bnyak KEZALIMAN, RASHUAH DAH MENJADI BARAH, PENYELEWENGAN WANG, PENINDASAN, PENYEKATAN KEPADA PEMBANGKANG yg dilakukan oleh kerajaan dan menjadikan point2 ini sebagai asas untuk anak muda memilih menumbangkan kerajaan sedia ada dlm PRU13 seperti fenomena arab springs.

ayat2 ini adalah biasa digunakan oleh pembangkang untuk menggambarkan kerajaan dan memberi persepsi yg buruk terhadap kerajaan kepada org muda. selain itu, beliau mengaku kerajaan PR tidak melakukan rasuah, seolah2 suci dlm mentadbir negeri dan tidak mengaku kesalahan dan kepincangan. ini adalah kenyataan tidak adil kerana usaha2 kerajaan persekutuan seolah2 tidak ada yg betul, sumbangan mereka dinafikan dan hanya nampak yg buruk saja.

bercakap soal dominan dalam PR, ust nasarudin juga memberi fakta yg salah mengenai pemilihan MB Perak sewaktu PR menang, dgn mengatakn PR mencapai kata sepakat memilih MB melayu/islam walaupun DAP adalah dominan di sana. kita tahu bahawa undang2 tubuh negeri perak mengatakan MB mestilah orang islam dan melayu. point2 lain juga dikeluarkan tidak ada kena mengena dgn soalan.

kita sebagai orang muda, kadang2 pemikiran masih mentah, agresif dan lantang. tapi persepsi tak boleh dijadikan pegangan. ramai anak muda terlalu meminta2 kehendak mereka didengar dan mahukan hak mereka ditunaikan tapi mereka tidak pulak memberi hak kepada pemerintah. asik menentang secara terbuka, berdemo dan mencaci kerajaan/pemimpin. tengok sajalah aksi mereka dlm demo masuh PTPTN. dalam islam, kita tidak boleh terlalu meminta-minta dan ia adalah perbuatan yg keji.

apapun, program seperti ini sgt berguna utk kita, pada saya ia bukan debat tetapi lebih kepada program memberi kesedaran dan membuka minda anak muda dlm memilih pemimpin yg sepatutnya dlm PRU. anak muda sudah ada kesedaran, jadi gunakan peluang ini sebaik2 nya. kita boleh menyokong mana2 pihak, tidak menjadi kesalahan, tidak dilarang tapi jgn silap membuat pilihan. itu juga saya ingatkn pada diri saya.

"Tiada dalam ajaran Islam supaya kita menyuburkan budaya saling benci-membenci ini, ia bukan sahaja akan memecahbelahkan masyarakat malah akan melemahkan kedudukan negara itu sendiri,"
terima kasih. selamat berpuasa kepada semua umat islam . selamat bertarawih.


Thursday, July 19, 2012

WAJIB TONTON!


SALAM 1MALAYSIA.

debat antara ketua pemuda PAS dan Ustaz Fathul Bari (UFB) dari ILMU/Ulama Muda UMNO akan berlangsung tapi tiada siaran langsung, tapi boleh tonton siaran tertunda jam 9 malam di Astro Awani.

kedua2nya mempunyai latar belakang pendidikan agama yg tinggi cuma dari satu segi, mereka mewakili parti politik masing2. so pandangan dan tafsiran mereka mudah orang klasifikasi kn pndangan membela parti mereka.debat ini jugak berkaitan PRU13, so jangan terlalu emosi ya kawan2.

dan sememangnya kita perlu saling tegur menegur jika ada kesilapan, bukan mengkafirkan, menuduh dan memperkecilkan ilmu agama orang lain. banyak yg terjadi skg ni, masing2 nk tunjuk ada ilmu yg tinggi dan ajk orang berdebat smpi terlupa yg ilmu tu juga boleh memakan diri kalau setkat menunujuk2 di FB.( jdi ulama tak bertauliah di fb) hehehe.

semoga kita melihat dgn berlapang dada, berfikiran terbuka menonton debat ini, daripada dgr ceramah agama yg penuh lawak, dilawakkan, penuh gelak  ketawa, dan sesekali carut sbg penambah rasa.
 
PRU13:orang muda pilih siapa? saya dah ada pilihan dah, dulu kini dan selamanya..anda?

Tuesday, July 17, 2012

poster yg sgt style! ynwa!
















 


YNWA!!

patut dan tak patut untuk Liverpool.

salam semua.



1) musim BPL 2012-13 bakal bermula tak lama lagi. pasukan Liverpool seperti jgk pasukan lain sibuk berbelanja, menjual, memberi pinjaman, meminjam dan membentuk squad baru yg lebih mantap.

2) tempat ke-8 bukanlah sasaran utk tahun ini, tapi sekurang2 nya 4 teratas. so, dari segi perancangan nampaknya berjalan lancar. tapi ada jugk yg tak sedap didengar.

3) entry ini adalah pendapat saya shj mengenai apa yg patut dan tidak patut dilakukan oleh Liverpool untuk musim 2012-13.

4) pertama sekali, pembelian Fabio Borini nampaknya seakan2 bagus dan memberi harapan utk pasukan. dgn rekod yg agak baik ketika di Roma, masih muda dan kuat. Suarez sudah ada pasangan ideal di bahagian serangan. langkah ini memang patut diambil BR memandangkan dia sgt mengenali Fabio ketika di chelsea dan swansea.

5) kedua, Liverpool sepatutnya menjual atau loan beberapa pemain yg kurang memberi impak seperti Stewart Downing, Coates, dan Charlie Adam. wlaupun charlie adam, adalah pemain yg bgus ketika di blackpool, tpi dia agak "malu2" di liverpool. dia masih pemain yg bgus, tpi perlu diberi pinjaman utk memperbaiki semangatnya.

6) membeli skillfull winger. khabar angin mengatakan Liverpool nak beli THeo Walcott. Walcott seperti yg diketahui adalah peminat Liverpool dari kecil. so, ni lah peluang terbaik BR. peranan winger seperti Maxi Rodriguez sgt penting. dgn ketiadaan beliau, Liverpool mesti mencari pengganti.

7) membeli pemain tengah yang kreatif/boleh ganti gerrard. pemain seperti Clint Dempsey adalah sgt diperlukan buat Liverpool. walaupun ada khabar mengatakan Gaston Ramirez nak dibeli, tapi kita tak tahu sejauh mana kemampuannnya, wpun rekodnya sgt baik di Itali. Henderson mungkin akn bermain sbg winger. so tengah ada gerrard, lucas, shelvey. shelvey belum layak utk ganti gerrard. harapan juga diletakkan di atas bahu Aquilani dan Joe Cole yg kembali dri pinjaman. pemain bintang ini diharap dpt memberi sumbangan yg berkesan.

8) memperkasa pertahanan tengah dgn membeli pemain sebagai pengganti Lucas. Danielle de rossi adalah yang terbaik. sami kheidira pun salah satu option. hehe. ataupun Moroune Fellaini?

9) jangan jual Carroll!! Caroll dah menunjukkan peningkatan yg memuaskan di akhir musim lepas dan di EURO. sepatutnya BR perlu mengasah dan menggunakn selueruhnya kekeuatan carroll musim ini. disamping borini dan suarez, carroll adalah senjata utama liverpoo.. rembatan kiri yg kencang dan tandukan yg tepat adalah bonus buat bhagian serangan Liverpool.

10) menggunakan khidmat pemain muda seperti Kelly, Flanagan, Sterling, dan Suso. ini sgt perlu. disamping memberi peluang, ia juga dpt meningkatkan keyakinan mereka. seterusnya mengurangkan perbelanjaan kelab membeli player luar.

You'll Never Walk Alone.

Thursday, July 12, 2012

penjahat dan penjara.


Sepasang pengantin baru sedang bersiap-siap untuk menikmati malam pertama mereka. Pengantin perempuan berkata,

"Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang malam pertama. Boleh abang terangkan dulu sebelum kita melakukannya? "

"Ohh, itu senang sangat! Kita ni anggap jer macam penjara. Yang ayang 'punya' tu selnya dan yang abang 'punya' adalah penjahatnya. Kat penjara, penjahat kan ke harus dimasukkan ke dalam sel." Terang pengantin lelaki sambil tersengih-sengih. (terer tol laki dia ni..banyak membaca nih)

Lalu mereka pun mulai bercumbu-cumbu mengharungi lautan asmara...

Ketika semuanya sudah selesai, si pengantin lelaki terbaring kepenatan lalu cuba untuk memejamkan mata. Tiba-tiba si pengantin perempuan berkata,

"Bang, 'penjahatnya' terlepas."

Mendengarkan itu, pengantin lelaki pun mulai memasukkan 'penjahatnya' sekali lagi.

Rupa-rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama kali dirasakannya. Setiap kali selesai, dia mengatakan bahawa penjahatnya lepas atau melarikan diri keluar dari 'selnya'.

Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata,

"Yang, 'penjahat' yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup!"

Allah selamatkan kamu Tun Dr. Mahathir Mohammad

salam 1Malaysia.

pada 10 july 1925, iaitu 87 tahun yang dulu seorang lelaki biasa yang mempunyai kepimpinan dan pemikiran yg luar biasa telah dilahirkan di bumi bertuah Malaysia.

tapi secara rasminya, hari kelahiran Tun didaftarkan pada 20hb Disember, empat hari selepas hari jadi saya. hehehe.

segala apa  yang telah dilakukan untuk bangsa melayu dan negara Malaysia khususnya adalah amat sukar dinafikan oleh kita semua.

beliau dihormati di mata dunia, digeruni musuh politiknya, disayangi oleh rakyat kerana kepimpinan nya. beliau memacu Malaysia ke arah negara membangun yg paling maju. saya berbangga kerana saya adlah antara jutaan rakyat Malaysia yg dapat hidup dibawah pentadbiran Tun.

kata-katanya, sikapnya yg sentiasa sinis amat berkesan di hati. mungkin Malaysia tidak akn dapat melahirkan pemimpin seperti beliau selepas ini, tpi visi dan semangatnya, serta kepimpinannya boleh dijadikan tauladan utk kita semua.

oleh itu, walaupun setelah 87 tahun , idea dan pemikiran beliau masih lagi ditagih oleh kebanyakkan pihak. ketajaman akalnya sentiasa menjadi tumpuan dan rujukan. kata-katanya menjadi sumber berita bagi wartawan2 seluruh dunia. itulah kelebihan the living legend, the brilliant Malaysian the one and only, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

saya doakan semoga Tun terus diberi kesihatan dan kesejahteraan, diberikan kekuatan untuk terus memperjuangkan nasib umat islam dan melayu . kami masih memerlukan seorang negarawan ulung seperti Tun. semoga Tun sentiasa berbahagia disamping isteri tercinta dan keluarga.selamat ulang tahun ke-87 Tun, and i wish many more years for you.
Happy 87th birthday Tun

wish you happy always

Wednesday, July 11, 2012

masih belum terlambat

'Anak saya rosak kerana pengaruh pembangkang'

REMBAU 9 Julai - ''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."
Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.
''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.
''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.
Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu.
Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.
''Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan pembangkang," ujarnya.
Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri berubah.
''Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.
''Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun emak," tegasnya.
Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan 'kambing hitam' untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.
''Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar Kamarudin.

sumber: utusan malaysia online

*fikir-fikirkan lah:)

Monday, July 2, 2012

zaman jambu sudah berlalu.

salam 1Malaysia.

Tahniah kepada Spain, pasukan favourite saya di atas kejayaan menjulang piala eropah buat kali kedua berturut-turut dgn menewaskan Itali dgn jaringan 4-0.

Jaringan hasil David Silva, Jordi Alba, Torres dan Juan Mata telah meneggelamakan kehebatan Andrea Pirlo dan rakan-rakannya. Permainan cantik Spain terus menguasai aksi bola sepak dunia. mereka membuktikan kehebatan teknikal, permainan cantik, kemas, hantaran pendek dan laju adalah ramuan terbaik untuk sebuah pasukan bola sepak untuk berjaya.

tapi saya bukanlah pengulas sukan yg hebat, dan pasuka Spain yg hebat tak perlu di ulas pjg lebar lagi, siapa yg tgk final pagi tadi, pasti akan terpukau dan faham apa itu bola sepak yg sebenar.

entry kali ini mengenai trend pemain bola berjambang. dulu kita tahu, kebanyakkan pemain bola semua jambu2, tak ada misai dan janggut, licin, dan membuat gadis2 tiba2 terminat bola sepak. contoh nya, kaka, cristiano ronaldo, dan beberapa yg saya pun xingat nak sebut.

bola sepak zaman 70an, dan 80an banyak player bola yg berjambang. dan antaranya yg paling terkenal ialah
Socrates (lagenda Brazil) dan George Best (lagenda MU)

george best

Socrates


zaman pemain-pemain jambu, sudah seakan berakhir. ia diganti dgn pemain yg lebih macho, gagah, matang , garang, bersemangat dan melambangkan kejantanan memenuhi ruang padang bola sepak..di bawah ini saya senaraikan antara pemain zaman sekarang yg kacak berjambang,.

pemain ini sememangnya sesuai berjambang. agak pelik melihat dia tidak berjambang.
Gennaro Gattuso (AC Milan & Itali)



Cesc Fabregas. (Barcelona & Spain)

Xabi Alonso (R.Madrid & Spain)

T. Henry (NY Bulls & France)

Iker Casillas (R.Madrid & Spain)

Olof Melberg (Sweden)

Gerrard Pique (Barcelona & Spain)

Daniel De Rossi (AS Roma & Itali)


S. Ramos (R.Madrid  Spain)


Dalam List ni kebanyakkan nya player Itali dan Sapin sebab palyer2 dari negara ini adalah lebih kacak dari palyer negara lain. kebetulan pulak mreka bertemu di pentas Final Euro 2012. so mmg diberi keutamaan la. haha. ada jugak player2 lain yg berjambang tapi mungkin tidak sekacak player2 ni seperti raul meireles, juan mata, frank ribery dan lain2. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...