Wednesday, August 29, 2012

bakal lagenda the reds

salam 1malaysia.

ini dia bakal lagenda liverpool. persembahan yang mengagumkan dari pemain yg berusia 17 tahun ini memberi harapan kepada peminat yg kitamampu bersaing dengan pasukan lain selepas ini. yaya toure pun pncit nak lawan dgn budak ni...give a big hand to...........RAHEEM STERLING!!!!


welcome Nuri Sahin

salam 1 malaysia.



setelah melalui beberapa musim yg sukar, dan pembelian yg tidak mencapai potensi sebenar, liverpool berjaya mendapatkan pemain muda yg berpotensi dan beberapa nama besar seperti, Joe Allen, Fabio Borini, dan pemain yg kurang dikenali tapi berpotensi Oussama Assaidi. tapi yang paling penting Rodgers berjaya mendapatkan perancang Real Madrid utk pinjaman iaitu Nuri Sahin.

satu nama yang besar dan bintang muda paling berpotensi. pernah menjadi pemain terbaik Bundesliga ketika mewakili Borussia Dourtmund dan akhirnya dibeli oleh real madrid.


tapi disebabkan siri kecederaan, beliau kurang mendapat peluang bermain selain terpaksa bersaing dgn bintang2 real yg lain seperti ozil, kaka, kheidira xabi alonso, dan sebagainya.

jadi diharapkan pinjaman ini memberi manfaat kepada Liverpool sepenuhnya. beliau adalah salah seorang pemain yg saya minati semasa di Bundesliga lagi. semoga berjaya Nuri Sahin. YNWA. 

Tuesday, August 21, 2012

WBA vs Liverpool FC

salam Aidilfitri 1Liverpool 1Malaysia .

kalah 3-0.
HAMPA. sekian terima kasih.



Wednesday, August 8, 2012

doa-doa dimalam 10 terakhir Ramadhan

salam semua.

di sini saya pautkan link untuk kita sama-sama dapat mengamalkan doa ini di mlam2 terakhir bulan Ramadhan.

semoga kita semua mendapat rahamt dan keampunan di bulan mulia ni. amin.

klik SINI

19 Ramadhan 1344

from Chong Wei with Love

TIADA kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika Lin Dan mengutip mata terakhirnya untuk memenangi pingat emas Olimpik di Wembley, Ahad lalu. Kalau ia sebuah wayang gambar, saya harap bumi akan terbelah lalu menelan saya.

Saya telah mengecewakan negara, peminat, keluarga dan paling penting diri saya sendiri kerana saya benar-benar mahukan pingat emas. Saya benar-benar minta maaf kerana gagal menyumbangkan pingat. Sekiranya ada kebaikan yang telah saya lakukan, maka ia adalah kerana saya telah menyatukan rakyat Malaysia atas satu sebab. Sukan dan perpaduan adalah pemenang sebenar.

Berulang kali saya diajukan dengan persoalan, apakah yang bermain difikiran saya ketika kedudukan terikat 19-19. Apakah saya kesal kerana membiarkan bulu tangkis jatuh lalu menghadiahkan Lin Dan mata ke-19 dan menyamakan kedudukan. Apakah perancangan saya ketika itu ?

Sejujurnya, saya cuma memberi tumpuan kepada cabaran yang datang pada ketika itu. Saya tidak punya kekesalan kerana hilang mata tersebut, biarpun orang lain mungkin kata saya tersilap melakukan agakan bulu tangkis. Apa pun, ia sudah keluar dan saya sangat terkejut apabila ia jatuh di atas garisan.

Situasi itu sebenarnya tidak begitu menganggu tumpuan saya kerana saya tahu saya masih boleh mengalahkannya tetapi takdir begitu kejam terhadap saya, tuah pula berpihak kepadanya, malah jaring juga telah menyelamatkan dia.

Sebaik mata terakhir berjaya dimenangi, saya terus rebah. Saya tahu saya telah menghampakan 28 juta rakyat Malaysia yang mengharapkan saya untuk menang. Dan, ketika lagu kebangsaan China berkumandang, air mata saya terus mengalir kerana saya memasang impian lagu Negaraku yang akan berkumandang di gelanggang termasyhur, Arena Wembley.

Kira-kira sembilan minggu lalu, ramai yang meragui bahawa saya mampu melangkah semula ke gelanggang tetapi hari ini saya boleh katakan, Chong Wei masih hidup dan boleh menendang. Selepas ini saya akan berehat seminggu dan kemudian kembali ke berlatih, membuat persiapan untuk Liga China. Kejohanan saya selepas ini adalah Terbuka Jepun, September nanti.

Ya, saya telah kalah tetapi saya telah memberikan permainan terbaik saya. Biarpun kecewa dengan kekalahan ini tetap dari sudut lain, saya gembira kerana kebanyakan rakyat Malaysia faham bahawa saya sudah memberi segala yang terbaik dan mungkin, kalau saya dilahirkan di era lain keadaan akan jadi berbeza.

Hanya ada satu Lin Dan dan pada masa yang sama, hanya ada satu Chong Wei.

Lin Dan bermain dengan amat baik, dia telah meningkatkan permainannya dan telah memusnahkan saya menerusi stroke hebat di set kedua. Bagi saya, saya berjaya mengimbangi kelebihan yang ada padanya ketika mendahului 18-16 di set ketiga dan ia telah menaikkan keyakinan saya, malangnya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan.

China menyapu bersih semua pingat emas di sini seperti yang mereka lakukan pada dua Kejohanan Dunia terakhir. Saya tidak melihat penguasaan mereka akan berakhir dalam masa terdekat kerana mereka telah melabur dengan begitu banyak dalam pembangunan, sesuatu yang perlu dilakukan oleh Malaysia, Indonesia, Korea dan Denmark jika mahu mencabar keunggulan China.

Olimpik mungkin penampilan besar terakhir buat Peter Gade dan Taufik Hidayat tetapi bukan untuk Chong Wei kerana saya masih cuba merangkul Kejuaraan Dunia 2013, selain Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2014. Dan, Lin Dan juga boleh menjangkakan tiada laluan yang mudah buatnya dalam tempoh dua tahun ini. Semalam, selepas tamat permainan saya melawat bilik media, saya bertemu wartawan Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Akhir sekali, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kepercayaan yang mereka berikan kepada saya selama ini. Sekali lagi, maafkan saya atas kegagalan ini dan saya berjanji akan cuba yang terbaik untuk membawa penghormatan buat negara.-Utusan

Tuesday, August 7, 2012

beza ustaz artis dan ustaz sejati



salam ramadhan. 

hari ini saya terbaca tentang perbezaan ustaz artis dan ustaz sejati. apa yang saya nampak, memang terdapat banyak sekarang ustaz-ustaz artis yg muncul secara tiba-tiba sejak dua menjak ni. apakah mereka ini betul-betul layak menjadi ustaz, berceramah tentang Islam, dan adakah mereka ini betul-betul menguasai ilmu agama untuk dikongsi bersama? 

Islam adalah agama nasihat, dan kita perlu saling nasihat-menasihati. tapi untuk berceramah dan menjadi ustaz yg boleh berkongsi ilmu agama yg sejati bukan dgn sign borang ahli, dan menjadi ustaz dalam masa sehari. klik DISINI utk artikel perbezaan ustaz sejati dan ustaz artis. semoga kita menjumpai satu titik persamaan dalam agama yg telah lama hilang.

selamat berbuka:)

18 Ramadhan 1433H

Monday, August 6, 2012

syabas DLCW, legend never ends.

salam semua. salam 1Malaysia. salam Olimpik dari London.

seperti yg kita sedia maklum, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia walaupun tewas kepada Lin Dan di perlawanan akhir Olimpik Men's Single Badminton.
perlawanan berkesudahan 15-21, 21-10 dan 19-21.saya rasa xperlu lagi saya ulas tentang perlawanan ini serta kesungguhan LCW. sekadar pingat perak untuk kali kedua tetap membanggakan rakyat Malaysia.

Syabas DLCW.
tak perlu minta maaf, tak perlu malu dengan kekalahn mu Datuk, sesungguhnya andalah wira sukan negara. Lee Chong Wei All The Way!

tapi sayang, disaat rkyat Malaysia bersatu menyokong DLCW, ada juga yg memandang sinis kekalahan LCW, mempertikaikan kekalahan dan mengutuk DLCW. ini yg berlaku oleh kebiadapan adun kota Shah Alam, M.Manoharan. untuk berita selanjutnya klik di sini 

hampeh punya monoharam

 ada juga yang hampa tak dapat makan ais krim Baskin Robbins percuma. haha. takpalah, kalau tak dapat percuma, apa salahnya beli sendiri untuk makan. yang saya tak faham, ada juga pihak yg kaitkan aiskrim percuma dengan politik, menuduh kerajaan menghina rakyat Malaysia di atas satu isu 'asikrim' tak lama dahulu. apa tah relevannya niat murni BR dengan politik. macam-macam.

sedapnya. sedap ke?


apa yang kita harus akui, Malaysia bakal kehilangan permata paling bersinar dalam sejarah sukan badminton negara, lagenda badminton yang akan sentiasa dihormati rakan dan lawan. selepas ini tiada lagi kelibat LCW dalam olimpik. tugas utama pihak yang berwajib sekarang ialah melahirkan sekumpulan pemain yang mampu memberi cabaran kepada kuasa besar badminton dunia, dan ia bukanlah tugas yg mudah.

sayang seribu kali sayang, DLCW hidup sezaman dgn Lin Dan. apapun, the best of Lee Chong Wei always the best for us. you always make us proud. kesungguhan dan ketabahan anda menjadi inspirasi kpd rakyat Malaysia yg kita mampu menyayingi kuasa sukan dunia. Majulah sukan untuk negara.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...